Penat Menulis..???


Bissmillahi wal Hamdulillah..masih lgi mampu menulis,walaupun kadang-kadang takde idea nak menulis..(sbb ilmu takde dan sikap malas) tp masih digagahi utk terus mencuba..salah bukan alasan utk bermula,malas bukan alasan utk berjaya..mujahadah sangat perlu dalam menulis,ini juga satu perjuangan,satu medan utk memastikan Islam kembali terkehadapan..biarpun kadang-kadang malas mencengkam,namun jika di imbau perit dan payah perjuangan ulamak-ulamak terdahulu tentunya takkan terlangkau oleh usaha kita yang sedikit..tapi ala kulli hal nya kita masih lagi diberikan peluang utk berbakti kpd Ad-Deenul Haq,mudah-mudahan ianya menjadi tanda saksi perjuangan..kerana Rahmat  Allah itu tersangat luas,terbentang tanpa penghujung..carilah ibrah dan rahmat Allah,apa saja jln yg kita lalui..jika berlandaskan syariat dan diikhlaskan hnya kerna Allah pastinya akan dibalas setimpal dgnnya..lalu dgn ini jadilah ‘’ulul al-bab’’…suatu golongan yang Allah ceritakan perihalnya didalam Al-Quran..:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ (١٩٠)الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٩١)

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka…[Ali-imran]

Allah…!!! kita memangnya mendambakan status ‘’Ulul al-bab’’..golongan yg mampu menilai Maha hebatnya Allah,menilai setiap ciptaan itu sebagai peringatan..golongan yg sentiasa berfikir tentang kekuasaan Allah..kerana  .."التفكير هو الحياة kita juga diperingatkan dgn satu riwayat drpd Ibnu Abbas dprd Abi Darda’ :
 
" فكر ساعة خير من قيام ليلة "

Betapa besarnya manfaat bg org-org yg berfikir,.lalu dimanakah kita sahabat-sahabat?masihkan dibuai mimpi? Saya tujukan buat diri sdri dan teman-teman yg sama-sama berjuang dgn mata keyboard..penatkah kita menulis?jemukah kita?sibukkah kita?..jawapan ditangan sahabat-sahabat,dalam menanti jawapan kita selongkar sebuah kitab yang amat berharga..’’Qimatuzzaman ‘indal Ulamak’’ hasil karang ‘’Al-Allamah Al-Murobbi As-syeikh Abdul Fatah Abu Ghudah”..sebuah kitab yang sangat baik utk panduan penuntut ilmu Allah..
Sahabat-sahabat,berbalik kepada persoalan td..kita tentunya jemu dan agak malas utk berkarya,meluahkan serta berkongsi sedikit pengetahuan..namun ketahuilah,betapa mujahadah ulamak terdahulu ..mereka seolah tak pernah dikekang oleh masa,masa diuruskan sebaik mungkin..antara ulamak yg patut kita jadikan tauladan ialah ‘’Al-Imam Al-hayy Al-laknawi Al-hindi’’..diceritakan ,beliau telah wafat pada umur yang sangat muda iaitu 39thun..namun apa yg amat mengagumkan beliau sempat menghabiskan hidupnya dgn karya yg amat banyak..dengan jumlah 110 buah buku yg telah beliau anugerahkan buat manfaat ummah,..Allah!!! ummah sering memandang sepi usaha ulamak terdahulu..tidak ramai yg mahu menjadikan contoh dan tauladan,malulah kita sebagai orang yg berilmu..begitu juga dengan halnya “Al-imam Jamaluddin Al-qasimi Ad-damsyiqi’’..beliau meninggal diusia 49 tahun..lagi mengagumkan,karya penulisannya yang berbentuk kitab da risalah tak terjangkau oleh akal mampu kita..karya yg berjumlah 1000 buah kitab dan pelbagai risalah yg bermanfaat dihadiahkan buat ummah..lalu sahabat-sahabat,apalah kiranya usha kita yg sedikit ini,usaha yg mungkin sekadarnya ini jika dibandingkan dgn usaha-usaha ulamak tersebut,kita masih mampu bermain dan menonton..berbeza dgn ulamak-ulamak yg telah menginfaqkan seluruh umurnya utk ummah,utk islam..diriwayatkan bahawa Al-imam Jamaluddin ini hidupnya sentiasa bersama lembaran2 kertas dan dakwat..begitu juga halnya dengan Al-Qadi ‘Iyadh pengarang kitab ‘’As-syifa’’..hidupnya senantiasa bertemankan buku-buku,sehinggakan diwaktu makan pun beliau masih setia dgn bukunya..betullah kata orang’’ kawan yg setia adalah buku” sentiasa memberi manfaat kepada tuannya..jauh sekali utk menyakitkan hati tuannya.Oleh itu marilah sama-kita kita tuai ilmu  dan pengetahuan di belekan kitab2 tinggalan ulamak yg tentunya kita lampirkan rasa Thiqah lagi percaya dengan ilmu-ilmu mereka,lantas kita sepikan kata-kata sindiran sesetengah pihak yg  menghuru-harakan rasa thiqah kita kpd ulamak..jika kita masih tegar,tanyalah diri..siapakah aku jika dibandingkan ulamak-ulamak terdahulu,siapakah mereka yg mencanang benci dan lusuhkan thiqah kpd para ulamak..ibarat bumi dan langit jauhnya.iya ulamak juga tidak maksum..tapi mereka lebih terpelihara jiwanya drpd kita.. Firman Allah :

" إنما يخشى الله من عباده العلماء "

Mafhumnya:” sesungguhnya orang yang paling takut kpd Allah adalah Ulamak”

Malulah bagi mereka yg sentiasa memperlekehkan ulamak-ulamak..(nauzubillahi min dzalik),Wasilah ilmu yg terus-menerus sampai kpd kita adalah drpd ulamak..mereka yg bermujahadah tinggi dalam menyebarkan fahaman islam,seringkali disalah ertikan..masa dan pengorbanan mereka takkan mampu kita terjemahkan dibenak pemikiran,betapa penat dan letih mereka memikul amanah Allah..tetapi hari ini ada dikalangan kita memperlekehkan usaha2 mereka.beginilah sikap Takabbur ummah mutaakhirin..apalah sgt usaha yg sekadar ini yg kita lakukan,kita tidak mampu memenuhi ruang masa 24jam dgn ilmu-ilmu..malulah kita dgn ulamak-ulamak yg mereka juga berjalan diantara masa yg sama,tiada sebarang pertambahan waktu walaupun sesaat,namun mereka memahami tugasan dan pundakan amanah yg Allah berikan..tetapi kita ini sungguh berlainan,kerana sering kali culas menunaikan amanah dan tanggungjawab..banyak alasan yg diberikan.Dalam berkata2 kitalah yg juara..dalam beramal kitalah yg tercorot duduknya…takutlah(buat dri) kita dgn Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ (٢)كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ (٣)

2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya…[As-Saff]

Sedar atau tidak,beginilah kita..kita memangnya mendambakan semua kebaikan milik kita,bahagia yg kita kejarkan..dalam segenap hal,yg baik-baik adalah milik kita,yang sedap-sedap juga milik kita..realitinya tidak ada sesiapan pun yg mahukan kesengsaraan dalam hidupnya.Namun tidak bagi org yg setiap nyawanya utk islam..penat itu mereka jadikan mainan badan,esak tangis sudah jadi kebiasaan..mereka rela menangis sendirian,tetapi mereka tidak pengecut utk mempergadai harga sebuah perjuangan..selagi tangan bergerak,selagi kaki melangkah..selagi jantung masih mampu berdegup,selagi itulah islam akan mereka junjung..tiada istilah penat dalam kamus org perjuang,kita juga begitu hendaknya..tangan yg menekan punat-punat keyboard ini pasti akan bersuara nanti,saat itu tiada lagi kehendak..tiada lagi kekuatan utk menggerakkan tangan dan segala anggota,semua anggota berbicara dgn kehendak Allah..lalu kita biarkanlah tangan-tangan ini berbicara dgn mengatakan tangan ini juga berjuang.. Allah!!! alangkah bahagianya kita..oleh itu,teruskanlah  berjuang buat Teman-teman dilaman sesawang..jadikanlah ianya wasilah utk kita ke syurga,jauhkanlah sifat-sifat takabbur,ujub,riyak dan sum’ah..ikhlaskan niat kerana Allah,redha dgn ketentuan Allah..kerana Allah telah menyusun perjalanan yg terbaik utk kita..ujian dan mehnah itu jadikanlah sebagai tunjang penguat jiwa..akhir kalam..Tahniah buat sahabat-sahabat,teruskan usaha dakwah ini..pastikan tiada lagi istilah ‘’Penat Menulis’’….

Siruu ala barakatillah..
Wallahutaala a’lam..


0 ulasan: (+add yours?)

Catat Ulasan