Intan Atau Serpihan Kaca ??

0 ulasan

Intan atau serpihan kaca??

Dengan nama Allah yg amat pemurah dan lagi amat penyayang,syukur yang pertama selayaknya utk kita selaku hamba ucapkan ..atas nikmat Allah yang tak pernah berkesudahan,dalam jaga atau sedar nikmatnya berterusan…Alhamdulillah sama-sama kita satu hati ucapkan.

Intan atau serpihan kaca??..soalan yg sempat menghinggap benak akal saya,sebelum bebola mata tertutup dibelahan malam gelita.Rasa ingin diperkongsikan bersama teman dilaman lesu tak bermaya..yang terkadangnya pengunjung bukan sengaja menyinggah,tetapi tersinggah..tetapi tidak mengapa,mudah-mudahan singgahan yg tersalah akan memberikan manfaat jua.

Teman-teman,jadilah intan dlm hidup kita..yang mahal nilaianya,yang cantik sinarnya tidak palsu,jauh sekali gemerlapnya menipu.Lalu gilapkan cahaya gemerlap,jadi intan yg sentiasa mengejar redha Allah,yang bila diuji tidak selalu rebah..namun tangan tidak lenguh menadah,mohon ampun lagi maghfirah.Begitu juga dlm hidup teman seangkatan kita..Mudahkan segala urusan mereka.Jadilah orang yg faham walau tidak pernah dipinta..sabda junjungan mulia:

{من كان في حاجة أخيه, كان الله في حاجته}

Yang maksudnya:
“Barangsiapa yg menunaikan hajat saudaranya,nescaya Allah akan menunaikan hajatnya”.

Jangan jadi serpihan kaca,sudahlah kaca ..serpihan pula.Kaca yg mudah pecah dihempas ronta..berderai pecah entah kemana,hanya sekadar indah dipandang mata..yang sempurna harga tidak seberapa,kalau serpihan lagi tak berharga.Teman-teman,inilah ibarat serpihan kaca..tidak lagi berharga,hanya mampu mengguris luka.Akhirnya letak dibakul sampah juga.Beginilah iman kita..kadang intan,kadang kaca..namun jarang kita merasa,kerana hati keras beraja.Ditambah pula enak dunia..yang mengecap pasti terlena,dibuai mimpi yg fana..

Akhirnya,mohon doa teman-teman pembaca utk Ayah(Abu Hassan Ghazali) kepada teman seperjuangan saya Mohd Nor Hafiz,yang masih lagi koma akibat kemalangan,moga-moga diberikan kesembuhan.Juga doa utk kami yg bakal menghadapi imtihan diruangan Jamiah Al-Azhar Tanta..
Wallahu’alam..

[Khamis,8:13 a.m,kamar Bait Sayyidah Nafisah]

Sehampar Jejambat

0 ulasan

Sehampar  jejambat


Dunia sehamparan jejambat
Disini bermula tempat
Kita sekarang terhambat
Gulungan masa yg cepat


Yang ligat pasti dapat
Yang lambat pasti terlekat
Buana ganas mengikat
Jiwa keras yang karat


Gulungan masa yg cepat
Diri goyah ini melekat
Seakan kemas terikat
Langkahan mulai lambat


Lalu mulai ditendang hebat
Seolah aku tiada hemat
Tiada nilai yang amat
Dibenci dengan hakikat


Biarkan aku pergi cepat
Moga dunia terasa nikmat
Kerana daku tiada lagi tempat
Untuk bergantung erat


Biar ku cari hujung matlamat
Ku kejar yg mana dapat
Walau diri hanya merempat
Usah dikejar usah dihambat


Matlamat atas matlamat
Ku tahu disana menggunung rahmat
Asal aku tidak lambat
Membuang noda yg begini berat


Aku tahu rahmat itu tersemat rapat
Disebalik dugaan yg ketat
Aku perlu melangkah dgn cermat
Moga langkahan ini dipayung rahmat 


{pat..pat..pat..siku lipat..sape cepat dia yang dapat}
 






Memorial Kubah Hijau

0 ulasan

Memorial kubah hijau

Nun disana tersegam indah
Berkubah hijau cahaya melimpah
Sedari jauh rindu bercambah
Menahan rindu seorang ummah

Marmar putih menghampar langkah
Lembayung teduh melindung cerah
Panas mentari tidak berarah
Menghambat rindu di suatu arah

Di BabusSalam kaki menggagah
Melangkah terus menawan Raudhah
Dihamparan hijau tangan menadah
Hatiku tenang terasa indah

Mata yang ‘Asi mengalir sudah
Kelopak kering mulai membasah
Air bergenang akhirnya melimpah
Lalu kekiri mata terarah

Disana maqamnya begitu indah
Menggamit rindu hati yang kebah
Padamu kekasihku ya Rasulullah
Kasih yang satu tiada gundah

Namun itu kenangan sudah
Menempa seukir catatan sejarah
Dalam jiwa yang sentiasa gundah
Dengan noda yang tak pernah sudah

Hari ini kaki tetap melangkah
Menyungkil kembali memori indah
Saat tersenyum di kota Madinah
Sehebat namanya El-Munawwarah

untuk ingatan Teman yg pernah sama melangkah ke Bumi Yathrib..:-)

Rebah Sejenak

0 ulasan


Salam iman dan islam buat sahabat semua,apa kbr iman mu..?apa kbr jiwa mu?..iman yg tidak  bersifat statik ini tentu tak lenguh meningkat atau berkurang dalam relung qalbu.Pernah soalan begini hinggap dicelahan benak saya..daripada seorang teman yg amat saya hormati,pejuang yg sedang bertarung dan menguji hasil pertapaan ilmunya..jawab saya ringkas ‘’al-iman yazid wa yanqus’’ iman itu sifatnya bertambah dan berkurang.Kalau hndk di klasifikasikan iman ..tentunya agak panjang,namun sebgai maklum dan ingatan kembali,iman terbahagi kpd 3..iman para malaikat,para Rasul dan orang awam,semua berbeza sifatnya..

Sahabat,kita tentu penat diuji..lelah mengemudi,mencari laluan lintas mengatasi.Kadang melatah tanpa kita sedari..kita terlucut pegangan ilahi,yg dlu kita semat kemas dililitan diri.Namun hari ini kita leka sejenak..bila dunia yg jadi matlamat rakus diterokai.Saat ini iman yg hanyut kehilir perlu didayung kembali ke hulu..bersiap sedia utk menentang deras arus sungai.Saat inilah perit datang bertalu menguji diri..menangis,meraung sehabis gema.Hati kecil meronta galak..jatung terasa rabak,beban menimpa dan masalah bertimpa datang menghinggap..Allah..Allah..cetusan hati beriman merangkak,yg dulu senyap tidak bergerak.

Sahabat,ruginya diri andai menangis kerana diuji..menangis kerana dikasari buas  buana duniawi.Tapi menagislah andai kita tidak mampu berdiri berdikari..kerana kita lemah utk menangani,kerana iman kental makin hilang utk menyinar kembali.Menagislah kerana kita gagal menawan keangkuhan nafsu..kita gagal dgn hnya secebis ujian biasa,gugur layu tak bersuara.Alah kita sebelum mula..menangislah kerana itu,ianya lebih bermakna..biarkan manusia menghukum,asal kita tidak lupa,kita tidak buta menilai diri dan jiwa.Suntikkan kata ‘’ aku menangis bukan kerana diuji..tapi kerana aku gagal menangani’’..iman aku rapuh,jiwa aku lenguh,berdiri aku jatuh..lalu kita bangkit mengkoreksi diri,kita serah pada Ilahi..tapi INGAT!! ini setelah berusaha berkali-kali…sebagaimana firman Allah yg bermaksud : ‘’apabila kamu berazam maka bertawakkallah kpd Allah’’.

Sahabat pembaca,menutur kata sememangnya mudah..ini saya tujukan khas buat diri saya sndiri,selaku org yg menulis dan berbicara..dan tentu tak pernah sempuna utk tidan berbuat dosa.Moga manfaat yg ada kita kongsikan bersama.Oleh itu..marilah sama-sama kita bersimpuh menadah tangan..unjurkan telapak tangan yg terpalit dosa-dosa,mengadu memohon..merendah diri dgn sehampar rasa malu dgn Allah..’’ya Allah ampunkan daku hamba yg ‘asi’’..mudah-mudahan ujian itu akan mematangkan diri,yakinlah dgn hikmah yg Allah sembunyikan drpd pandangan..lalu raihlah..carilah ‘ibrah dan hikmah yg dijanjikan..moga jd hamba yg terus gagah menongkah bilahan hari-hari yg bakal tiba…katakana ‘’aku RELA aku SEDIA’’..