Dilingkungan Sebuah Medan

0 ulasan


Dilingkungan sebuah medan..
Salaam perjuangan buat teman yg diberkati Allah,dalam usia dimamah gerhana, jari ini masih diberi sekelumit peluang berbakti disebuah medan..dalam yakin dan juga ragu,hati ini masih lagi tetap bertahan dalam inayah dan restu.Mujur juga ada teman-teman yg sedia memahami keterbatasan sebuah jiwa yg ‘ashi ini utk mendepani mehnah semasa..syukran buat teman,hanya ini yg mampu diberikan..seucap terima kasih,moga lebihnya Allah yg akan membalasi jasamu.Teguran semangat mengongcang jiwa yg kini lesu utk membuahkan untaian bicara dilaman blog yg sudah usang entrynya..tapi hati ini masih mengharapkan nilaian curahan yg ada tidak terkurang harganya..insyaAllah,mudah-mudahan hasil coretan yg lalu masih mampu memberikan manfaat kepada sesiapa saja yg dikehendakiNya..

Teman,dilingkungan sebuah medan beginilah ceritanya,jiwa-jiwa yg gagah terus utuh menelusuri penuh kesabaran..namun jiwa-jiwa yg lemah mulai tersungkur disegaris laluan.Lantas  kita sedar jiwa-jiwa ini dalam pantauan dan telitian yg Maha Agung..Dialah yg memberikan segagah kekuatan utk terus berjuangan dalam segenap medan,yg terkadang kita bongkak mendabik dada dengan kekuatan pinjaman..merasakan segalanya dalam genggaman,lalu kita hanyut diperbatasan..antara redha Allah dan redha insan.Begitu juga khabarnya yg lemah longlai diperbatasan,kita memangnya mudah berputus asa dgn rahmat Allah..tanpa sedar itulah ujian buat yg beriman,tentunya Allah sentiasa menguji jiwa-jiwa yg beriman,untuk mengenal antara intan dan kaca..lalu jiwa-jiwa yg dipermulaan berbaiah setia memperjuangankan islam ini akan terus diuji sehabis mungkin,segala keringat tenaga,masa,jiwa dan raga terus diterjah beribu mehnah ujian tribulasi..pertamanya kita diuji dgn umur yg panjang,selalunya kita menarik nafas lega bila pagi ini mata mencelik jelas,langkahan juga masih pantas dan dada masih tercungap bernafas,menadah tangan tanda syukur lantas berdoa :

‘’Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.’’

Alhamdulillah masih lagi dihidupkan utk terus melalui lorong-lorong kehidupan,namun alangkah malangnya teman andai doa yang dilantunkan ini hanya bermotifkan duniawi semata..hanya seputar kehidupan sebagai manusia yg hakikatnya bersifat kehaiwanan,inilah yg diumpamakan oleh seorang pejuang mulia Badiuzzam Said Nursi..kpd manusia-manusia yg hidupnya  hanya seputar duniawi sahaja,hidup matinya hanya utk dunia.

            Teman,dilingkungan ini kita tentunya perit menahan segala ujian..namun kita masih tetap mampu bertahan dengan segagah kekuatan,lalu kita mengangkat sejuta syukur kpd yang Maha Gagah Perkasa,Dia yg masih memberikan kita berjuta peluang utk berdiri gagah dilaman medan perit ini,sedar atau tidak hidup ini diatur dengan satu perincian yg amat teratur..membuatkan jiwa-jiwa pejuang akan sentiasa akur,kerana janji Allah itu hampir.Kita belek lembaran kisah perjuangan seorang ulamak mulia yg telah saya perkatakan tadi,Badiuzzaman Said Nursi..dalam perjalanan  kisah hidup sebagai pejuang,banyak onak duri yg terpaksa Beliau lalui,dipenjarakan ,dipulaukan,ditohman,dicaci dan sebagainya..namun Beliau memahami laluan sukar ini takkan bererti tanpa ujian dan mehnah sebegini..seorang ulamak yg tetap thabat memperjuangankan agama Allah ini tidak pernah lelah berkorban dan berkongsi ilmunya demi mengembalikan keizzahan islam,dengan kudrat yg ada Badiuzzaman Said Nursi ini pernah mengarag sebuah kitab tafsirnya dimedan perang yg berjudul ‘’isyaaratul I’jaz’’..inilah yg telah menggambarkan kesungguhan beliau utk mempertahankan islam,lalu dimanakah kita duhai teman? Persoalkan lah diri kita..berapa banyakkan ujian yg telah kita lalui,dan berapa banyakkah kesungguhan yg kita curahkan demi Ad-Deen ini?..jawapan ditangan teman-teman sekalian..mari kita hayati firman Allah :

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ
 
.’’Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?[Al-ankabut 2] ‘’

Teman,berjuang dimedan dakwah ini juga memerah seteguh pengorbanan wang ringgit,masa ,jiwa dan raga..Tahniah saya ucapkan buat teman-teman yg rela terkorban demi panji islam tercinta,ucapan ini saya tujukan khas buat teman seangkatan saya..yg rela berkorban harta demi sebuah perjuangan ini walaupun kamu juga kesempitan,nama mu akan kami semat didalam doa-doa kami,moga Allah permudah setiap usaha dan urusanmu.Berkorban dan terkorban,ini istilah biasa dalam perjuangan,kalau dulu para sahabat Rasulullah rela berhabis harta demi kelansungan islam..rela kehilangan nyawa demi kalimatul haq,kita lihat bagaimana pemurahnya Saidina Abdul Rahman Bin Auf yg menyedekahkan seratus ekor unta dgn segala muatannya semasa peperangan Tabuk,begitu juga dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq yg menginfaqkan semua hartanya semasa berlakunya penghijrahan ummat islam ke bumi Yathrib,lalu bila ditanyakan kpdnya Rasulullah s.a.w apa yg ditinggalkan utk ahli keluarganya,maka jawab sahabat yg mulia ini ‘’aku tinggkalkan kpd alhi keluarga ku Allah dan RasulNya’’..inilah hasil didikan Rasulullah kpd para sahabat Baginda,didikan yg mengongcangkan seluruh alam kejahilan manusia pada ketika itu.Namun teman,hari ini didikan sebegitu memangnya semakin sirna dipanahan fitnah dunia..betapa ramai dikalangan kita yg nyatanya mengaku dan mendabik dada dengan berkata ‘’akulah pejuang agama Allah’’..’’aku sanggup apa saja demi agama Allah’’..tetapi kecewa bila medan dakwah ini menagihkan securah pengorbanan,kita mulai bertempiaran lari bersembunyi,menyorok kekuatan..memendam kekayaan,lalu kita biarkan mereka-mereka yg kesempitan utk membenih syurga Allah yg kabur dipandangan manusia biasa,mungkinkah kita lupa dengan sebaris firman Allah :

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 

‘’pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.[At-taubah 41] ‘’

Teman,kita sememangnya amat memahami konsep pengorbanan..seperti mana yg telah kita hadamkan dalam susunan ‘’muasofat tarbiyah’’ ,namun kefahaman yg tidak di ikuti oleh amalan adalah sia-sia. Seumpama orang yg kelaparan dan ditangannya sebungkus makanan..dia mengetahui dengan memakan makanan itu akan menghilangkan kelaparannya,namun dia hanya memegang tanpa menjamah sedikit pun makanan itu tadi..lalu dia mengharapkan kekenyangan yg pada hukum adatnya mustahil.Beginilah yg dapat saya gambarkan kpd teman pembaca..bila mana kita diberikan kefahaman namun kita sia-siakan tanpa beramal..bahkan membiarkan kefahaman itu membeku dirumpun qalbu,maka jadilah kita golongan yg rugi di dunia dan akhirat..

Teman,dilingkungan medan dakwah ini juga jiwa yg kukuh akan tetap bertahan dengan pelbagai cacian dan tohmahan,tidak akan terkesan dengan seksaan jiwa yg memilukan..sekilas pandang kebelakang,sirah perjuangan para sahabat Riduanullah alaihim,bagaimana utuhnya jiwa muadzin pertama Bilal Bin Rabah menahan panas mentari,menahan himpitan batu pejal dan menahan hina diperbolakan dikalayak ramai..begitu juga dengan kisahnya Khabbab Bin Arat,tubuh yg mengEsakan Allah itu dipanggang dengan api yg membakar panas..sehingga jiwa Asadullah yg kental menitiskan air mata kepiluan bila melihat kesan bakaran ditubuh mulia Khabbab bin Arat ini..namun teman pembaca sekalian,tubuh-tubuh yg telah mengEsakan Allah ini tidak pernah mundur untuk terus menjulang kalimatullah,mereka rela diperlakukan sedemikian rupa demi menegakkan kesucian islam,demi mempertahankan akidah yg sohih.Lantaran itu teman,dilingkungan medan dakwah kita hari ini juga begitu..tauladan yg ditunjukkan sirah lampau mampu membentuk jiwa-jiwa perkasa dan kebal utk menghadapi ujian-ujian begini,lalu jiwa-jiwa yg maha kebal ini akan memastikan islam akan terus dijulang megah..tak takut dikeji,ditohmah,difitnah dan sebagainya..maka jadilah kita sebagaimana sifat pejuang yg dikhabarkan oleh Allah didalam Al-quran yg berbunyi:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 

‘’Wahai orang-orang Yang beriman!! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.[Al-maidah 54]’’

Dalam ayat diatas ini Allah menggambarkan kepada kita tentang satu golongan tahan lasak daripada tohmahan dan cacian,terlebih dahulu Allah memberi peringatan kpd kita yg acuh tidak acuh dalam medan dakwah ini,juga peringatan kpd golongan yg berpaling tadah daripada perjuangan ini,bahawa Allah akan mendatangkan segolongan manusia yg Allah kasihkan mereka dan mereka juga mengasihi Allah,lalu teman marilah kita persiapkan diri utk menjadi golongan yg dicintai Allah ini..tetapi kalau kita masih berdegil utk mengambil remeh janji Allah ini,Allah takkan pernah rugi dgn golongan yg berpaling tadah,ingatlah kita tidakkan mulia melainkan dengan islam..teringat kata-kata Saidina Umar RA ketika mana Beliau berucap setelah menerima anak kunci Baitul Maqdis drpd ketua Paderi Palestin pada ketika itu :


قال سيدنا عمر ابن الخطاب : نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغى لبعزة بغير ما أعزنا الله أذلنا الله
‘’Kita adalah kaum yg dimuliankan oleh Allah dengan islam,dan ingtlah kalau sekiranya kita mencari kemulian selain drpd islam(dgn mengenepikan islam) maka kita akan dihinakan oleh Allah’’

Oleh itu Teman,muliakan diri kita dengan islam..ayuh kita tegakkan daulah islam didalam diri kita sebelum daulah islam itu tertegak di tanah air kita,kita islah diri drpd segala kekejian dan kita sunyikan hati daripada segala kemungkaran..ayuh kita mulakan langkah ,perkemas jiwa dan raga..kerana kekuatan rohani dan jasmani perlu sehaluan berlari,kekuatan ruhiyyah akan membimbing kita ke jalan yg benar..mari sama-sama kita menginfaqkan diri dijalan Allah sebelum segalanya terlambat,sebagaimana sabda junjungan mulia :


بادروا بالأعمال الصالحات قبل أن يأتيكم الفتن
Yg bermaksud: ‘’bersegeralah kalian untuk beramal kebajikan sebelum datang kepada kamu zaman fitnah’’

Marilah sama-sama kita mengembeleng tenaga demi kesinambungan perjuangan ini,kerna kita bukan pemula kpd perjuangan ini bahkan kita juga pengakhir kpd perjuangan ini..moga-moga usaha kita yg sedikit ini  dan dengan segunung rahmat Allah taala akan melayakkan kita menghuni taman-taman syurga yg dijanjikan..aminn
Akhirnya : siiru ala barakatillah..
           

Dalam Berjuta Jiwa

0 ulasan


Dalam berjuta,
jiwa ini jadi pilihan
Membanting tulang di sebuah medan
Menitis keringat diantara sempadan
Redha insane dan redhanya Tuhan


Dalam berjuta,
peluang ini diaturkan
Untuk mengenal mana kaca mananya intan
Kaca,gugur berkecai sblm ke medan
Namun intan,hancur luluh tetap bertahan


Dalam berjuta,
jiwa ini tetap bertahan
Bayu mehnah taufan ujian
Berbekal teduhan lembayung iman
Kejap langkah mengatur kesabaran


Dalam berjuta,
jiwa ini memilih jalan
 Sedia menadah setiap ketentuan
Bersuluh ikhlas diterang iman
Digagahi semangat sosokmu teman


Dalam berjuta,
sosok itu  mengagahi
Setiap langkahku yg pasti
Dalam sebuah ri’ayah Rabbul izzati
Buat membenih sekeping hati


Dalam berjuta,
sosok itu menjadi saksi
Perjuangan ini yg takkan pernah henti
Segunung percaya sentiasa disisi
Saat ku dipuji mahupun dicaci


Dalam berjuta,
jiwa ini takkan pernah sangsi
Dengan apa yg diberi
Kerna dia teramat bererti
Disini juga disana nanti


adakah ini memadai utk membuktikan segunung kesungguhan? atau sekadar pepisan angin yg berlalu?...
jawapan ada pada Mu Teman..:)