Di Teduhan Sebuah Ramadhan

0 ulasan


بسم الله الرحمن الرحيم ثم الحمد لله
Syukur atas nikmat yg tidak pernah kurang yg Allah telah kurniakan,lalu sampai kita tercampak kesuatu fasal yg mengujakan bagi hati-hati yg merindui ibrahnya..Ramadhan,medan madrasah asuhan yg Allah anugerahkan buat ummat Muhammad SAW  bg mendidik jiwa-jiwa yg gersang dan amat merindui manisnya bersama Tuhan.Allah bentangkan RahmatNya di permulaan Ramadhan,Maghfirah di pertengahannya dan pembebasan drpd azab neraka dipengakhirannya..sesuai dgn sabda junjungan mulia :

أوله الرحمة و أوسطه المغفرة وآخره عتق من النار  

Lalu berkejaranlah teman menagih keuntungan yg Allah janjikan hanya dibulan barakah ini..tentunya kita tidak akan pernah menyangka utk bersama Ramadhan lagi,tapi itulah takdir yang Allah tentukan buat kita si hamba..syukur pada Mu ya Allah,saat ramai yg rebah diperbatasan Ramadhan..dijemput bersama Mu ya Allah,namun kami ini sekali lagi diberikan peluang utk menagih simpati dibulan mulia ini ya Allah,saat ini kami lah org-org yang terasa amat bahagia sekali..tak terkata oleh lidah yang kelu,cuma lafaz Alhamdulillah kami ucapkan tanda syukur..walaupun kami tidak tahu adakah kami ini diberi peluang utk ke akhir Ramadhan..tetapi memadai bagi kami dengan Rahmat Mu dipermulaan Ramadhan ini,andai kami akan dijemput diakhirnya nanti..seraya itu lidah kami tidak lumpuh utk sentiasa  berdoa padaMu ya Allah:

‘’ اللهم بارك لنا فى رجب و شعبان و بلّغنا رمضان ’’

Alhamdulillah kita masih diberikan segalas peluang,utk kita sama-sama buktikan keikhlasan sebagai seorang hamba..dengan hadirnya seorang Rasul yang paling amat mencintai dan merindui Ramdahan,kita diberkati utk menjadi segolongan ummah yang juga mengerti lalu memahami erti kecintaan dan kerinduan kepada sebuah medan asuhan nurani..Ramadhan,sangat bererti bagi Rasulullah dan para salafunassoleh,satu bulan yang menggamit rindu hamba kepada sang Pencipta..bulan yang membentuk syaksiah salafunassoleh,lantas itu mana lagi ‘illah(alasan) kita utk memalingkan berkat yang Allah janjikan di bulan yg penuh misteri keimanan..teringat kata-kata Imam Malik RA : ‘’ bahawa umat sekarang tidak akan menjadi baik kecuali dengan mengikuti apa-apa yang telah menjadikan umat terdahulu menjadi baik’’..maka bulan ini jugalah yg telah mendidik dan mengasuh para salafunassoleh,melahirkan golongan yg kental dan tabah menempuhi setiap mehna juga ujian yg Allah datangkan kpd mereka..dengan ujian ini tentukan akan memisahkan antara dua darjat,iaitu mukmin sejati dan mukmin yg hatinya mati..nauzubillahi mindzalik..

Lantaran itu teman,tanyakan sama hati ‘’siapkah aku menghadapi bulan barakah ini?? ‘’..bulan yang penuh menguji erti sebuah kesabaran jiwa nurani,hati yang kental dibulan-bulan biasa  belum tentu mampu menghadapi pahitnya ujian kesabaran dibulan mulia ini..sayugia itu,Ibnu Abbas RA pernah berkata : ‘’ sabar itu ada 3 jenis ; sabar dalam rangka ketaatan kepada Allah,sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yg diharamkan-Nya,sabar dalam menghadapi ujian dan kesulitan yg Allah berikan sepanjang kehidupan ini’’. Kesabaran-kesabaran  inilah yang kita dapati dibulan Ramadhan..lalu persiapkanlah diri kita duhai teman-teman,mudah-mudahan kita sekental salafunassoleh walaupun kesabaran dan ketabahan kita hanya mirip-mirip ketabahan dan kesabaran mereka..kita senantiasa diseru utk berusaha sebaik mungkin dengan sedaya mampu kita,agar denai dan lorong yg dirintis oleh salafunassoleh tidak kita abaikan.Moga kita juga merasai manisnya bersama Ramadhan sebagaimana yg telah mereka rasai sebelum ini..
Teman,kita amat menyakini betapa beradabnya salafunassoleh menerima kunjugan Ramadhan,kerana mereka percaya kunjungan Ramadahan tidakkan pernah menghampakan kecintaan dan kerinduan mereka kpd Allah Azzawajalla.Dengan rela mereka menghamparkan jernih hati utk diisi madu barakah Ramadhan,dibentangkan  iman mereka utk disimbah  sejuk embunan Ramadhan..antara adab-adab salafunassoleh ketika menerima kunjungan Ramadhan,
*Pertamanya mereka memuasakan hati daripada sifat-sifat mazmumah,hasad dengki,riyak,ujub,sum’ah dan sebagainya.
*Kedua,mereka menjaga lidah yg tak bertulang daripada perkara-perkara dosa..tidak mengumpat,tidak mengadu domba dll.kagum dengan kata-kata Ibnu Abbas RA : ’ wahai lidah berkata baiklah nescaya mendapat keuntungan atau diamlah daripada berkata yg buruk nescaya akan selamat’’ ,beginilah hasil didikan Rasulullah kpd sahabat-sahabatnya,kalau sudah begini sikap sahabat Baginda ..maka tidak dapat kita banyangkan betapa santunnya baginda seorang Rasul.
*Ketiga,salafunassoleh sentiasa menjaga mata sebagai alat penglihatan..mata tidak dijadikan alat berbuat maksiat kpd Allah,tapi dijadikan alat melihat kebesaran Allah,membaca Al-quran dll.
*Keempatnya,mereka tegar menjaga telinga drpd bunyian maksiat dan dosa..

Teman,begitulah lebihnya mereka berbanding kita,kerana kita ini kadang-kadang hanya mampu berkata-kata namun berat utk beramal mulia..diangkat darjat mereka (salfunassoleh) bilamana senantiasa menagih janji yang Allah maktubkan,menagih  dengan penuh keikhlasan,ketekunan dan kesabaran..mereka tidak mengharapkan melainkan redha Allah.. begitulah hendaknya kita wahai teman..ikhlas,tekun dan sabar.Inilah mahar yg mereka bayar utk sebuah kebahagian akhirat..dan dalil bukti tulus cinta mereka kpd Allah..Jemu beramal bukan alasan mereka,malas berkebajikan dilontar ke pelusuk sunyi rimba..mereka sentiasa menggagahi setiap urat sendi menghadap Rabbul Izzati.Lantaran itu kitak tidak kehairanan dengan kisah cinta salafunassoleh kpd Tuhannya,sanggup meninggalkan kelazatan dunia demi cinta Allah yg hakiki..sahabat-sahabat didikan Rasulullah mampu berjerih celikan mata utk membaca Kitabullah sehingga khatam dalam masa 3 hari..iya 3hari duhai teman,antaranya adalah Abdullah bin Amar,bahkan Usman Bin Affan mampu mengkhatamkan Al-Quran setiap hari disepanjnang Ramadhan..begitulah sahabat-sahabat asuhan Rasulullah SAW..Tapi alangkah malunya kita teman, jika kita tidak mampu utk mengkhatamkan Al-Quran dlm ms 30 hari sepanjang Ramadhan..dgn tempoh 10kali ganda berbanding dgn salafunassoleh,inilah kesibukan kita hari ini..galasan dunia amat berat utk kita tinggalkan,dunia ini segalanya buat kita..kita mampu menghabiskan novel yang berhalaman 600 m/s dlm ms seminggu,tapi tidak mampu utk menghabiskan Al-quran yang sama halamannya dlm ms sebulan Ramadhan..inilah hakikat sebuah kehidupan yg kita selalu bangga-banggakan teman..Ya Allah ampunkan kami.

Teman,kita dianugerahkan dengan sebuah bulan yg penuh keberuntungan..tapi kita selalu leka,kita gembira riang kerana masih lagi dihidupkan ..sempat menjegah Ramadhan,sempat menjadi tamu Ramadhan,tapi kita kaku tak bergerak meneguh jiwa mencari ibrah yg Allah janji disepanjang Ramadhan..maaf cakap teman,janganlah kita bagaikan ‘’ si kera yg mendapat bunga’’..tidak tahu utk memanfaatkan pemberian yg diberikan..ayuh kita muhasah diri dan iman,moga akan tersedar dari sebuah tembok lamunan..

           Teman,disepanjang Ramadhan kita dilonggokkan dgn khazanah yg maha hebat,kita dianugerahkan ‘’kunuzul Quran,kunuzu At-Tarawih,kunuzu fajr ila dhuha,kunuzu masajid dan kunuzu istighfar’’.Oleh itu teman,marilah sama-sama kita berkejaran dan berlumba menagih kasih Allah dilaman Ramadhan,kita perbanyakkan amalan dan kebajikan..moga-moga asuhan Ramadhan ini dapat meneguhkan hati sanubari kehambaan kita kepada Allah azzawajalla,lalu persiapkan lah diri kita menghadapi hari-hari yang berbaki dengan penuh keinsafan,moga hari ini lbh baik drpd smlm dan hari esok lbh baik drpd hr ini..
Kata Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi : ‘’ كن ربانيا ولا تكن رمضانيا ’’

Salam Ramadhan drpd pada Tholib Azhar diperantauan ..DOAKAN SAYA