Nikmat Yang 5

3 ulasan




   Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Salam keatas para pembaca budiman,lantaran keluangan masa yang ada..marilah sama-sama kita hanyati peninggalan junjungan mulia Muhammad s.a.w..
Menyingkap kembali nikmat yang lima,nikmat sihat,nikmat kaya,nikmat lapang,nikmat muda dan nikmat hidup…alangkah besarnya nikmat pemberian Allah taala,tak mungkin terjual beli oleh kemampuan manusia.walau sekaya qarun sekalipun..inilah 5 nikmat yg seringkali dilupakan manusia.
1) Sihat tubuh badan kita takkan berpanjangan nikmatnya..bila tiba masanya sakit,alangkah besar terasa nikmat sihat..diwaktu sihat kita terlupa sakit itu menyeksakan,kita lupa sakit itu memedihkan..namun bila diuji dengan hanya sedikit rasa sakit,kita manusia mula mengeluh.emm..betapa rasa terseksa bila disapa rasa sakit,walau hanya digigit semut hitam.tapi dikala saat sihat..rasa syukur jarang sekali kita panjatkan kepada Allah taala,ditanganNya sihat..ditanganNya juga sakit.bila hendak dirasakan sihat kepada si hamba..diujinya dengan nikmat sihat,bila hendak dirasakan sakit,diujinya dengan nikmat sakit….nikmat sakit??pelik bunyinya kan?..N.I.K.M.A.T sakit…..(jom kita fikir sama-sama)
2) Kaya atau berharta,emm….seronok kan kalau dapat harta yang banyak..?(sume manusia suka dan berkeinginan),kenapa tidak..berharta,berduit itu bukan segala-galanya,tapi segala-galanya perlukan duit..betul tak? Namun sebagai yang beriman kita seharusnya meletakkan kekayaan atas landasan yang semesti digariskan oleh Allah taala..dalam islam kekayaan tidaklah hak mutlak individu,bahkan disebalik kekayaan itu adanya hak-hak yang perlu dilangsaikan..sebagai contohnya,zakat yang diwajibkan kepada golongan yang berharta..yang akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin.inilah yang dikatakan ‘’bukan hak mutlak individu’’.beginilah caranya yang dianjurkan oleh islam,beginilah juga caranya kita mensyukuri nikmat kekayaan..namun hakikatnya,kaya jiwa terlebih utama.tapi kaya harta bukan yang kedua..bukan yang kedua bilamana harta itu bukan letaknya hati,namun biarkan hanya ditangan..
3) Lapang waktu,juga nikmat terbesar..ramai yang mengeluh dengan kesibukan.betapa besarnya terasa nikmat lapang bilamana disapa kesibukan.yang bekerja,Allah sibukkan dengan kerjanya..yang belajar, Allah sibukkan dengan pelajarannya.ya Allah betapa leganya kalau kesibukan ini berlalu..(bisik hati kecil).namun alangkah beruntungnya golongan yang bila dikala sibuk sentiasa hatinya bersyukur,begitu juga diwaktu lapangnya..bersyukur diwaktu sibuk??salah ayat ke ni?..(emm..jom kita pakat-pakat fikir)..tapi alangkah juga beruntung seandainya kesibukan kita hanya diikhlaskan kerana Allah..nescaya ganjaran allah takkan pernah surut pasangnya..kerana Allah tak pernah jemu mengganjarkan pahala untuk hambanya,namun peliknya si hamba sudah jemu meraih ganjaran daripadaNya..
4) Muda umur sudah sunnatullah untuk hambaNya,begitulah aturannya hidup seorang hamba..sebelum mencapai umur tua,Allah rasakan nikmat muda.disaat muda kita dianugerah kekuatan tubuh badan yang tiada tandingnya diwaktu tua..emm,kalau dulu makannya 2pinggan nasi,tapi sekarang sepinggan pun belum tentu habis.kalau dulu kerjanya daripada pagi sampailah ke petang harinya,tapi kini belum menjelang tegahari dah tercungap separuh mati.inilah gambaran yang Allah tunjukkan buat yang mahu berfikir..betapa besar nikmat muda,tapi betul ke besar nikmat muda?? Ada syairnya wahai teman-teman ,,laita as-syababu ya'udu yauman’’ keluhan si penyair di umur tuanya..namun sebagai golongan yang berfikir,golongan yang tahu betapa besar nikmat muda..ayuh sama-sama kita manfaat pinjaman usia muda yang dianugerahkan ini sebaiknya.moga usia emas ini tidak berlalu tanpa diisi dengan bekalan yang sebaiknya..bekalkan dengan amal kebajikan,ilmu pengetahuan..
5) Hidup menanti dijengah saatnya mati,teringatkan saya kepada perkataan ‘’sakaraatul Maut’’. Meremang rasanya bulu roma kalau kita betul-betul faham apa itu sakaratul maut.namun ramai hanya meniti dibibir saja.emm..nikmat hidup tak terbayar nilainya,kerna yang mati takkan hidup kembali..berlainan dengan nikmat sihat,adakalnya kita disembuhkan daripada kesakitan..lalu Allah hadirkan kesihatan,begitu juga nikmat miskin..tapi bila tiba saat kematian,tidak ada yang kembali hidup..oleh itu,hidup kita ini biarlah di manfaatkan dengan segala kebajikan,dijauhkan segala kemaksiatan..panjangnya nikmat hidup yang allah anugerahkan untuk hambaNya,daripada dalam rahim si ibu Allah tiupkan roh..menghidupkan sekujur tubuh kecil yang asalnya segumpal darah,terus membesar dalam nikmat-nikmat Allah yang tak pernah putus.begitulah perjalanan hidup seorang insan..namun akhirnya Allah taala akhirkan hidup manusia dengan ‘’mati’’..sediakah kita??(yuh jawab sama-sama)

Sepak Mula Ku

0 ulasan

Salam perkenalan buat pembaca budiman..kala ini ,kali pertama ana menterjemahkan isi kandung tafsiran hayat ke laman blog..dah lama rasanya ingin diterjemahkan tafsiran hayat ini,namun masa tidak mengizinkan..hari ini,jd saksi untuk ana mencoret sedikit sebanyak perkongsian dengan para pembaca yang sempat mengunjungi blog ana yang rasanya baru berputik bunganya.. sama-sama doakan mudah-mudahan blog ini akan dapat memberi sedikit perkongsian ilmu atau sebarang pengajaran buat kita sekalian,untuk terus telusur jalan yang dijanjikan kemulian dan kemanisan dipenghujungnya nanti..''Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah'' unggapan yang tak pernah lekang ditiap bibir yang beriman,mudah-mudahan doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan oleh Allah taala,dengan ikhlasnya titipan doa yang dipanjatkan.mudah-mudahan gerak laku kita sebagai hamba diterjemahkan sebaik mungkin..amin ya Rabbal 'alamin