Kemenangan Sudah Hampir ?

0 ulasan


 Kemenangan Sudah Hampir ?

Salam ilmu,amal dan iman buat teman2 pembaca..Alhamdulillah,dgn sedikit ruang utk dimanfaat dan perkongsian walaupun agak sibuk utk persedian exam fasal pertama,moga2 coretan yg sedikit kali ini juga diberkati.
Teman-teman,kisah 901 mulai melebar coretan kata bicara dikalangan kita..jadi pertamanya marilah sama-sama kita lafazkan setinggi rasa syukur kepada yg amat berhak ‘’Allah’’. Kerana kemenangan islam telah hampir..semua mengimpikan sebuah kemenangan dan kejayaan ..semua mengimpikan kebahagian selepas kemenangan ..dan apa yg telah kita lalui hari ini bukan lah yang pertama bahkan ianya adalah langkahan yg tak terbilang,kerana ianya telah dimulai oleh orang2 yang mendahului kita..dan kita adalah penyambung sebuah perjuang yang takkan ada hujungnya..selagi islam tidak kedepan,dan inilah janji kita..saat melafazkan janji dan ikrar dihadapan Allah dipayungan alam roh dahulu..’’Alastu birabbikum..? Qalu balaa’’..bukankah aku ini Tuhan kamu,ya bahkan kamu tuhan kami..masih ingatkah kita ? inilah janji yang akan dituntut dan di hitung.Disebalik ikrar janji ini..pernah atau tidak kita berfikir sejenak untuk mundur dan mengkhianati janji? Tepuk dada Tanya iman..
            Hari ini saat terbaca sebuah coretan dilaman perkongsian yang saya sentiasa lazimi http://greenboc.blogspot.com/..kelopak mata seolah2 menguakkan titisan manik  jernih,bila terbaca DSAI telah dibebaskan drpd tuduhan tanpa bukti,akhirnya kebenaran yang akan menang..’’bila datangnya kebenaran kebatilan akan hilang’’..Alhamdulillah…Namun ini hanya kemenangan yang sedikit,kemenangan yg sebenar belum tiba..kerana penat lelah kita yang dulu belum memadai utk sebuah kemenangan yg sebenar,banyak lagi lelah dan penat perlu dikorbankan..banyak lagi duit dan harta yang perlu dibelanjakan.Perjuangan yang berasaskan kebenaran akan sentiasa diuji dengan kesakitan dan kesusahan..disitulah letaknya kemanisan dalam perjuangan.Namun perjuangan ini hendaklah disertai kefahaman yang matang,jangan ada dikalangan kita yang merosakkan rantaian perjuangan ini dengan fahaman yang salah..fahamlah kalian sebagaimana orang2 yang terdahulu,beramallah sebagaimana mereka..hari ini kita sering diuji dengan orang2 yang tidak memahami wadah yang sedang kita telusuri,ramai yang gugur dalam mereka merasakan keyakinan itu jelas dibalutan hati..namun keyakinan mereka hanya sementara.Teman-teman ingatlah perjuangan ini adalah jalan pilihan yang Allah anugerahkan buat kita..orang yang merosakkan sebuah anugerah adalah orang yang tidak bersyukur..dan orang yang tidak bersyukur selayaknya dihumbankan ketepian arus ini..kerana arus yang deras ini tidak akan mampu ditempuhi dengan golongan sebegini.
Juga dalam coretan saya kali ini..saya ucapkan jutaan TAHNIAH buat teman2 yang sentiasa setia dibarisan hadapan utk menuntut keadilan dipihak mahasiswa,teruskan perjuangan kalian disana..kami disini takkan lelah utuk mendoakan kejayaan kalian..ujian-ujian yang Allah timpakan ini adalah merupakan sebuah bentuk tapisan yang akan menentukan siapa yang layak bersama sebuah perjuangan yang haq..jadi..teruskan langkah kita teman-teman..katakan ‘’Aku SEDIA..Aku RELA..’’