Betulkah Sahabat? Bahagian 1

0 ulasan

 




Betulkah Sahabat?
Dah lama rasanya sy nak kongsikan pandangan tentang sahabat(ukhwah)..malam tadi otak ligat mencari cebisan isi yang mungkin boleh saya paparkan dalam blog Tafsiranhayat ni.sambil diselangi batuk yang dah 5 hari tak berkesudahan..cetusan yang saya ingin katakan harapnya tidak mengguris mana-mana sahabat,insyaAllah timbangtara itu akan saya pastikan..
            Dikejauhan menuntut ilmu ,kita terpisah dengan eratnya kasih sayang seorang ibu..semangat seorang ayah,galakan adik-adik.namun kita pandai menggunakan peluang persahabatan yang ada..hendak dikongsikan susah dan payah di alam pengajian,yang saya kira sebagai tanggungjawab sesama kita.walau terkadang kita terlupa..atau mungkin melupakan. Tajuk yang saya ingin kongsikan kali ni ‘’Betulkah sahabat?’’ satu persoalan yang akan sama-sama kita jawab..dan dengan peluang yang ada ini saya akan cuba kongsikan isi kandung sebuah kutaiyib yang bertajuk “Al-Ukhwah Al-Islamiah’’ hasil karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan merupakan salah seorang tenaga pengajar di Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah..insyaAllah (17/11/2010)
            Kita sering mengharapkan yang manis,menghindar yang pahit..terkadang kita terlupa,tangga menuju kemanisan itu ada yang menampungnya,yang saya maksudkan adalah sahabat..kenapa saya katakan sahabat?tidak keluarga..?jawabnya sahabat memainkan peranan terpenting dalam mempengaruhi susur perjalanan seorang individu..menurut kajian oleh Dr. Fadzilah Kamsah,80% masalah peribadi seorang anak akan dikongsikan dengan sahabatnya,selebihnya dengan ibu bapa..lantaran itu,saya terasa terpanggil untuk sama-sama kita pandang sudut apa yang kurang dan apa yang lebihnya,agar kita lebih mengertikan apa itu sahabat..
            Jom kita lihat apa takrif yang dibentangkan dalam kitab Al-ukhwah Al-islamiah..katanya: ‘’ukhwah fiLLah adalah anugerah yang suci, hidayah Rabbaniah dan nikmat Ilahiah yang dicampakkan oleh Allah ke dalam lubuk hati orang-orang yang ikhlas dikalangan hambaNya’’
Juga ditakrifkan sebagai : kekuatan iman yang di warisi dengan perasaan yang mendalam dengan kasih-sayang , kecintaan, penghormatan dan keilmuan bersama ikatan akidah islamiah ,keimanan dan ketaqwaan.
Sahabat pembacaan sekalian,mungkin bnyk lagi takrif yang boleh kita ertikan sebagai “ukhwah” .namun yang pasti membezakan dengan takrif “ukhwah fiLLAH” adalah berteraskan keimanan dan ketaqwaan.inilah asasnya ikatan ukhwah fillah..yang setiap gerak laku sebagai sahabat juga tersemat gerak laku sebagai hamba..berlandaskan syariat Allah memaklumkan kita peri pentingnya dalam ikatan persaudaraan ini 2 kalimah keramat Iman dan Taqwa,yang akan menyusun atur gerak langkah seorang sahabat..memandu yang mana boleh yang mana tak boleh.inilah yang akan memaknakan lagi erti sahabat atau yang saya boleh  ertikan sebagai ukhwah fiLLah.
Antara yang menarik untuk dikongsikan yang pada perkiraan saya satu ungkapan mantik : “Jika tiada iman tanpa ukhwah maka tiada ukhwah tanpa iman,begitu juga lah tiada kebenaran tanpa taqwa maka tiada taqwa tanpa kebenaran”
Jelasnya menggambarkan kepada kita saling perlengkap antara dua perkara..pertamanya iman dan ukhwah,begitu juga dengan kebenaran dan taqwa.salingnya memainkan peranan yang penting antara keduanya.kita mampu menggambarkan bagaimana jadinya ukhwah itu tanpa iman..pastinya akan lebur ,lusuh dan hancur sebuah ukhwah.begitu juga sebaliknya..
Cuba kita menjenguh sekejap,gaya jalinan ukhwah dikalangan muda mudi diluar sana..adakah berasaskan iman dan taqwa,saya datangkan persoalan..mampukah persahabat yang terjalin dikalangan muda mudi sekarang untuk kenal rumah Allah?untuk tegur sahabat-sahabat lain,untuk mengatakan yang ini halal..yang haram?
Jawapan saya adalah tidak mampu,kerana umumnya persahabatan hanya untuk memuaskan hawa nafsu,bukan berasaskan Iman dan Taqwa.inilah yang membimbangkan kita..untuk menggambarkan kita bagaimana caranya membentuk ukhwah yang mantap,yang mampu mengubah syaitan jd malaikat..jom pakat-pakat lihat apa yang ditulis dalam buku “Al-Ukhwah Al-islamiah”..

Antara syarat-syarat yang perlu ada ialah sebagaimana berikut:
1)      Ikhlas kerana Allah
2)      Ukhwah yang disertakan dengan iman dan taqwa
3)      Di lazimi dengan ajaran islam
4)      Nasihat-menasihati kerana Allah
5)      Tolong-menolong diwaktu susah dan senang

  • ·         Ikhlas kerana Allah
Begitulah pra syarat pertama yang perlu ada untuk sebuah ukhwah fiLLah,kita maklum bahawa ikhlas merupakan tuntutan bagi setiap amalan hamba..begitu juga dalam berukhwah,ianya menjadi tonggak terpenting..melangkaui Firman Allah Azzawajalla yang :

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَ‌ٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

  Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus[1595], dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus. (Al-Bayyinah 5)

[1595]  Lurus berarti jauh dari syirik (mempersekutukan Allah) dan jauh dari kesesatan.

Dengan adanya sikap ikhlas dalam  setiap perhubungan,insyaAllah roh Rabbaniah akan menyerap dalam setiap perjalanan muhibbah ikatan persaudaraan.


  • ·         Ukhwah yang disertakan iman dan taqwa
            Mana mungkin terbentuknya ukhwah fiLLAH yang berlandaskan iman dan taqwa sehinggamana bersama seorang mukmin itu sahabat yang juga mukmin,yang sejalan perjalanannya kerna Allah.yang beramal dengan iman dan taqwanya..
Firman Allah taala yang bermaksud:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
  Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.(Al-Hujraat 10)

Maka bilamana begitu akan terjalinlah sebuah ikatan ukhwah fiLLAH yang seteguh gunung memasak teguhnya bumi,tidak akan ada kegongcangan yang mampu meneroboh teguhnya ukhwah yang dipautkan berlandaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah taala.inilah hebatnya jalinan yang pernah di praktikalkan oleh Rasul junjungan mulia Muhammad s.a.w ketikamana menjalin pautkan ukhwah FiLLAH antara Muhajirin dan Ansar,yang saya yakin kita maklum hakikat persaudaraan antara dua kaum ini.


  • ·         Di lazimi dengan ajaran Islam
            Dengan jalinan iman dan taqwa,maka sayugialah ukhwah yang terbina di lazimi dengan ajaran Syariat Allah.Namun nescaya ianya tidak realiti sehingga berdirinya persaudaraan ini atas hukum syariat Allah s.w.t,dan rujuk kembalinya kepada ajaran Rasul utusan Allah, Muhammad s.a.w .maka dengan itu telah bersabda Rasulullah s.a.w  mengenai 2sahabat yang mendapat lembayung teduhan arasyh Allah di lapangan mahsyar kelak .

Sabdanya:
ورجلان تحابا فى الله إجتمعا عليه وتفرقا عليه
''Dan dua orang sahabat yang berkasih-kasihan kerana Allah,betemu dan berpisah juga kerna Allah''

            Dengan ertinya bertemua keduanya dalam keadaan mereka beriltizam dengan syariat Allah,juga berpisahnya mereka dalam keadaan masih mengamalkan syariat Allah.oleh itu kita merujuk cantiknya didikan Rasulullah dalam pembentukan sahabat-sahabat..tatkala berjumpa tidak akan berpisah melainkan diakhiri dengan bacaan surah al-asr,kemudian bersalaman antara satu dan lainnya.maka dengan halnya ini memaparkan kepada kita bahawa keduanya berjanji diatas manhaj Islam,berjanji keduanya diatas keimanan dan amal-amal soleh,berjanji keduanya untuk berpesan-pesanan dengan yang haq,berpesan-pesan dengan kesabaran dan juga berjanji keduanya akan terus teguh diatas ad-deen ini.
            Begitulah cantiknya ajaran Rasulullah,yang ratanya kita tidak tahu rahsia sebalik bacaan surah Al-asr,yang menggambarkan teguhnya ukhwah FiLLAH yang terjalin diantara sahabat ridhuanullah alaihim.maka beginilah natijahnya kerna Islam itu“ I’tiqadu bil janaan wa iqraru billisaan wa ‘amalu bil arkaan”.

  • Nasihat-menasihati kerana Allah
Maka sa nya tidak mungkin lahirnya sikap nasihat-menasihati dalam persaudaraan sehinggamana jadinya seorang sahabat itu cermin kepada sahabat yang lain.sehinggakan bila masanya sahabat itu melakukan kebaikan ianya menjadi motivasi bagi yang lain untuk beramal lebih baik daripada sahabat tersebut,lantaran itu bila dilihat keburukan yang dilakukan sahabat itu ,lalu dinasihatkan dengan sebaiknya,disuruhnya bertaubat kepada Allah taala dan kembali ke jalan yang benar dan ad-deen al-haq.inilah yang memantapkan lagi syakhsiah ukhwah fiLLAH atas landasan islam dan neraca syariat.
            Oleh itu,beginilah gambarannya sikap nasihat-menasihati yang ikhlas kerana Allah sebagaimana yang di bai’ahkan oleh para sahabat alaihimussalam, sebagaimana telah diriwayatkan oleh ‘’syaikhani’’  daripada Jarir ibnu Abdullah berkata:
“Aku telah berbai’ah dengan Rasulullah s.a.w untuk mendirikan solat,mengeluarkan zakat dan nasihat-menasihati bagi sekalian muslim”.
 
Bahkan kita dapati sabda Rasulullah yang berasingan yang menyuruh kita untuk saling nasihat-menasihati
Sesungguhnya telah diriwayatkan oleh Imam Muslim :

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.

Terjemahan hadith

  ''Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)''

  • Tolong-menolong diwaktu susah dan senang
            Realitinya begitulah kesan ukhwah FiLLAH,maka tiadalah begitu melainkan seorang sahabat itu merasai kegembiraan sahabatnya dikala dia bergembira riang,begitu juga dikala sedihnya tidak sendirian.lantaran itu beginilah yang islam jadikan buat ummatnya,sikap ta’awun dijadikan kelaziman dan kewajipan dikala susah dan juga senang mereka.maka halnya ini pada ukhwah fiLLAH adalah terlebih wajib.Demikian itu kerana ukhwah fiLLAH telah terpatri diantara mereka untuk bersama dalam manhaj islam qaulan dan juga fi’lan.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

  Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.(Al-Maidah 2)


Sabda junjungan mulia:
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

 “Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehinggamana dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”
Inilah paparan-paparan yang menyarankan kepada kita untuk terus melaksanakan haq seorang sahabat kepada sahabat yang lain.mudah-mudahan jalinan yang sedia ada berterusan kukuhnya sampai kehadrat Allah azzawajalla.

Betulkah sahabat?
 Kita cuba kemukakan sedikit persoalan,apakah ertinya ikatan jalinan ukhwah yang kita bina berlandaskan syariat Allah..besyaratkan syarat-syarat yang berikut.mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini dapat kita cungkilkan status ukhwah yang ada..adakah sejalur dengan ukhwah fiLLAH yang di gambarkan oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam kutaiyib ini.lantas ukhwah yang terbina tidak luluh digegar mehnah dan permasalahan mendatang..ayuh sama-samalah kita menghayati isi kandung perkongsian yang tidak seberapa ini..selebihnya saya serahkan dalam ukuran Allah taala.
Wallahu taala a’lam…..(29/11/10)

oleh:
Mohd Khairum Zakaria Senik Awang Mahat
Kuliah Syariah Islamiah Al-Azhar As-Syarif
Cawangan Tanta


Pesan Si Bijak Pandai

0 ulasan


1) KEMARAHAN SEOARANG ANAK MUDA LAZIMNYA AKAN MEROSAKKAN ORANG LAIN, KEMARAHAN SEORANG DEWASA AKAN MEROSAKKAN ORANG LAIN DAN DIRINYA SENDIRI MANAKALA KEMARAHAN SEORANG TUA AKAN MEROSAKKAN DIRINYA SENDIRI SAJA.

2) ORANG YANG BENAR-BENAR BERTANGGUNGJAWAB TIDAK SEKADAR MELIHAT TANGUNGJAWAB DIRINYA SEMATA-MATA, TETAPI JUGA SEDAR AKAN TANGGUNGJAWAB YANG TIDAK DILAKSANAKAN OLEH ORANG LAIN.

3) SEMUA KEBISINGAN BOLEH DISENYAPKAN, KECUALI KEBISINGAN SUARA HATI. ANDA BOLEH MEGABAI ATAU TIDAK MENGENDAHKANNYA, TAPI ANDA TIDAK BOLEH MEMUSNAHKANNYA.

4) BUNGA MEMBERIKAN ANDA BAU YANG HARUM. HUMOR MEMBERIKAN ANDA SENYUMAN YANG MANIS.

5) JIKA ANDA SUKA MENYIMPAN BENDA-BENDA YANG TIDAK PERLU, AKHIRNYA TIADA LAGI RUANG UNTUK ANDA MENGISI BENDA–BENDA YANG PERLU.

6) KEJAYAAN HANYA BOLEH DICAPAI OLEH ORANG YANG MENCUBA. CUBALAH..BANYAK YANG AKAN ANDA PEROLEHI DAN TERLALU SEDIKIT PULA YANG HILANG.

sumber: hasil perkongsian seorang Teman

pandangan sisi Tadhiyah

2 ulasan



Kullu Amm Wa Antum Bikhoir..salam wukuf buat jemaah haji di lapangan tanah suci,selamat berpuasa buat teman pembaca bersempena wukufnya jemaah haji.Tanda dekatnya masa untuk kita merayakan hari kebesaran islam yg kedua,hari raya Eidul Adha..Alhamdulillah.Hari raya yang akan mengungkitkan kembali kisah pengorbanan dan ketaan terbesar seorang ayah juga pengorbanan seorang anak.Kita maklum kisah Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dan si anak Nabi Allah Ismail alaihissalam.inilah yang akan selalu kedengaran butir khutbah di pagi Eidul Adha..dibentangkan ikhtibar dan pengajaran buat sekalian ummah.

  Namun yang jd persoalannya di sini..sejauh mana yang kita jadikan jalan hidup?kita tadabburkan? kita terjemahkan dalam kehidupan?..barangkali tidak salah andai saya umpamakan perjalanan umur kita,ya..kalaulah saat ini umur kita 20thun..saya andaikan kita sudah mengerti mana baik dan mana buruk diumur 10 thn.dan kalau begitu kita sudah melalui 10thn yang mendatang dengan kefahaman..tapi apakan daya tak ramai yang tahu menilai tempoh sepanjang 10thn itu.buktinya masih ramai yang melencong hidupnya daripada konsep tadhiyah yang di gambarkan dalam kisah kehidupan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail alaihimassalam..
Gambaran tadhiyah daripada kisah tersebut amat besar peranannya,saban tahun ramai yang berebut nak ambik bahagian haiwan korban..kadang2 ada yg bergaduh sesama sendiri,al-maklumlah sekor lembu terhad untuk 7 orang.Alhamdulillah..satu perkembangan yang positif,ramai yang berlumba-lumba beramal kebajikan..kita menyahut seruan Allah untuk beramal baik.
mafhum firman Allah taala :
" berlumba-lumbalah kalian dalam beramal kebajikan"
terkadang seekor lembu hanya untuk keluarga saja..jelasnya menampakkan kegairahan kita dalam beramal kebajikan…namun perlu ada pandangan sisi..pandangan sisi?ya..pandangan sisi..

  Pandangan sisi yang saya maksudkan adalah bagaimana dengan amal buruk yang saban hari kita terlupa peri pentingnya untuk kita tinggalkan,kalaulah kita mampu berlumba2 untuk melakukan amal kebajikan..mana mungkin ianya mustahil untuk kita berlumba2 meninggalkan yang mungkar,kerna pada hemat saya ini juga satu amal kebajikan..namun tersalah erti oleh segolongan kita.tapi bukan maksudnya saya menolak amal kebajikan yang saban hari kita mahukan..lagi2 di ambang Eidul Adha,ramai yang sanggup berhabis wang ringgit demi sebahagian haiwan korban,ada juga yang seekor kambing atau seumpamanya..namun perlu di ingat,seharusnya kita ranggkaikan dengan penolakan terhadap amal-amal su'u..dengan adanya timbang tara kebaikan dan kemaksiatan.mudah-mudahan kita akan terus menjadi hamba yang menilai dengan sudut yang dua..  moga amal kita segalanya ikhlas kerna Allah..Al-amalulILLAH

oleh:
Mohd Khairum Zakaria Senik Awang Mahat
Kuliah Syariah Islamiah Al-Azhar As-Syarif
Cawangan Tanta

Sisipan Hidup Ini

0 ulasan




Sisipan Hidup Ini

Kecil kita mudah dilentur
Gerak laku mudah diatur
Salah silap senang ditegur
Makan minum senang dicatur

Tangkas gerak senyum riang
Buat Ayah Ibu senang
Sanak saudara juga girang
Yang tegang jadi tenang

Agama jadi tonggak jadi pasak
Moga tahan bila diasak
Ditohmah tidak sesak
Diduga mampu bergerak


Remaja kita suka mencuba
Sudah resam orang muda
Ingin saja cuba segala
Asal puas mahu didada

Mula kita kenal erti dunia
Penuh onak juga coba
Kanan kiri pasti diduga
Tunggu saja tiba masa

Saat ini duga sangat bisa
Rebah mainan biasa
Bangun rasa terseksa
Andai kita hilang punca


Melangkah alam dewasa
Berubah segala rasa
Ingin mahu tidak kira
Kadang luka hati si Tua

Tiba saat duga menimpa
Hati teguh tetap setia
Agama disemat jadi perkasa
Perisai tombak alam dewasa


Hidup perantau diruang asing
Banyak coba kepala pusing
Tak sedar diri terasing
Agama digendong tak seiring

Gelak tawa kita sakan
Apa yang ada kita telan
Cita kita ditelan zaman
Hilang lenyap segala harapan

Harapan menggunug jadi sandaran
Beban penat mainan badan
Sudah sunnah dalam perjuangan
Timbul disini satu persoalan
Adakah semua untuk Tuhan

Hintung kembali ajaran Quran
Sunnah rasul jangan tinggalkan
Jadikan Dua denai kehidupan
Hanyut Mu nanti ada panduan

Munajat Ku

1 ulasan




Munajat Ku

Urat benang Kau pakaikan
Butiran nasi Kau suapkan
Titisan air Kau minumkan
Lunak suara Kau dengarkan

Indah warna Kau pandangkan
Bebas gerak Kau berikan
Panas sejuk Kau rasakan
Sedap enak Kau sediakan

Namun hambaMu ini tiada syukur
Atas nikmat yang diatur
Tak sedar diriku kufur
Ampunkan daku Ya Ghafur

Tangis tawa sendu
Rantap daku padaMu
Lemah kuat lesu
Pinta daku pada Yang Satu

Getar hati kecil
Insafku terpanggil
Menghadap Rabbul jalil
Ya Allah daku lemah jahil

Dosa juga noda
Hanya dipersenda
Hati Ku Buta
Dalam terang cahaya

Wahai Tuhan Ku
padaMu daku mengadu
bukakan kembali hatiku
lunturkan karat membatu

Wahai TuhanKu
Lemah lesu diriku
Dosa selalu bertamu
Amalanku kian berlalu

Wahai Tuhan ku
sampaikan salam ku
buat kekasihMu
sekian lama daku menunggu

Wahai Tuhan ku
Tempatkan daku bersama RasulMu
Sungguh hati sentiasa rindu
Menatap wajah kekasihMu

Pintaku hanya satu
Matikan daku di sisiMu
Sebagai Syahid di jalanMu
Walau ku Tahu daku Tak mampu
Wahai Allah kasihanilah daku

Tafsiran hati:
Al-faqiru wal haqiru ilallah
Mohd Khairum B. Zakaria
[ Tuhanku Engkaulah tujuanKu dan redhaMu aku mohon..berikanlah daku kasihMu dan makrifahMu ]

Butiran Tasbih

2 ulasan



Butiran Tasbih

Butiran tasbih ku bilangi
Sendu rasa hati
Bila dosa ku ingati
sudah belum diampuni

Ya Allah saat hidupKu
Bertimbun dosa ku
Disaat senang ku ingkar nikmat Mu
Disaat susah aku datang mencariMu

Ya Allah disaat mati ku
Ku harapkan rahmatMu
Setelah terbujur kaku
Ku mohon MaghfirahMu

Butiran tasbih ku bilangi
Gementar rasa hati
Bagaimana di sana nanti
Di kanankah atau di kiri?

Hidupku saban hari
Penuh onak juga duri
Namun dimana ku gantungi
Segala harapan ini

Alangkah rugi diri ini
Andai semuanya bukan kerna ilahi
Alangkah rugi diri ini
Andai setelah semua berlalu pergi

Ya Allah saat ini
Waktu ini aku sendiri
Melunas kehendak hati
Tanpa ku sedari Kau di sisi

Menghintung setiap inci
Setiap noda ku paliti
Batang tubuh yg hina ini
Ade dosa perlu di cuci

Butiran tasbih ku bilangi
hilangkan rasa sunyi
agar hati kembali di isi
dengan kalimah yg Maha Suci

asstaghfirullahal azim…laailahaillallah…….
subhanallah..walhamdulillah..wallahuakbar
ilaahi anta maksudi waridhaka matlubi a’tini mahabbatak wama’rifatak…..
[Mohd khairum Zakaria senik Awang Mahad]