Betulkah Sahabat? Bahagian 1

 




Betulkah Sahabat?
Dah lama rasanya sy nak kongsikan pandangan tentang sahabat(ukhwah)..malam tadi otak ligat mencari cebisan isi yang mungkin boleh saya paparkan dalam blog Tafsiranhayat ni.sambil diselangi batuk yang dah 5 hari tak berkesudahan..cetusan yang saya ingin katakan harapnya tidak mengguris mana-mana sahabat,insyaAllah timbangtara itu akan saya pastikan..
            Dikejauhan menuntut ilmu ,kita terpisah dengan eratnya kasih sayang seorang ibu..semangat seorang ayah,galakan adik-adik.namun kita pandai menggunakan peluang persahabatan yang ada..hendak dikongsikan susah dan payah di alam pengajian,yang saya kira sebagai tanggungjawab sesama kita.walau terkadang kita terlupa..atau mungkin melupakan. Tajuk yang saya ingin kongsikan kali ni ‘’Betulkah sahabat?’’ satu persoalan yang akan sama-sama kita jawab..dan dengan peluang yang ada ini saya akan cuba kongsikan isi kandung sebuah kutaiyib yang bertajuk “Al-Ukhwah Al-Islamiah’’ hasil karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan merupakan salah seorang tenaga pengajar di Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah..insyaAllah (17/11/2010)
            Kita sering mengharapkan yang manis,menghindar yang pahit..terkadang kita terlupa,tangga menuju kemanisan itu ada yang menampungnya,yang saya maksudkan adalah sahabat..kenapa saya katakan sahabat?tidak keluarga..?jawabnya sahabat memainkan peranan terpenting dalam mempengaruhi susur perjalanan seorang individu..menurut kajian oleh Dr. Fadzilah Kamsah,80% masalah peribadi seorang anak akan dikongsikan dengan sahabatnya,selebihnya dengan ibu bapa..lantaran itu,saya terasa terpanggil untuk sama-sama kita pandang sudut apa yang kurang dan apa yang lebihnya,agar kita lebih mengertikan apa itu sahabat..
            Jom kita lihat apa takrif yang dibentangkan dalam kitab Al-ukhwah Al-islamiah..katanya: ‘’ukhwah fiLLah adalah anugerah yang suci, hidayah Rabbaniah dan nikmat Ilahiah yang dicampakkan oleh Allah ke dalam lubuk hati orang-orang yang ikhlas dikalangan hambaNya’’
Juga ditakrifkan sebagai : kekuatan iman yang di warisi dengan perasaan yang mendalam dengan kasih-sayang , kecintaan, penghormatan dan keilmuan bersama ikatan akidah islamiah ,keimanan dan ketaqwaan.
Sahabat pembacaan sekalian,mungkin bnyk lagi takrif yang boleh kita ertikan sebagai “ukhwah” .namun yang pasti membezakan dengan takrif “ukhwah fiLLAH” adalah berteraskan keimanan dan ketaqwaan.inilah asasnya ikatan ukhwah fillah..yang setiap gerak laku sebagai sahabat juga tersemat gerak laku sebagai hamba..berlandaskan syariat Allah memaklumkan kita peri pentingnya dalam ikatan persaudaraan ini 2 kalimah keramat Iman dan Taqwa,yang akan menyusun atur gerak langkah seorang sahabat..memandu yang mana boleh yang mana tak boleh.inilah yang akan memaknakan lagi erti sahabat atau yang saya boleh  ertikan sebagai ukhwah fiLLah.
Antara yang menarik untuk dikongsikan yang pada perkiraan saya satu ungkapan mantik : “Jika tiada iman tanpa ukhwah maka tiada ukhwah tanpa iman,begitu juga lah tiada kebenaran tanpa taqwa maka tiada taqwa tanpa kebenaran”
Jelasnya menggambarkan kepada kita saling perlengkap antara dua perkara..pertamanya iman dan ukhwah,begitu juga dengan kebenaran dan taqwa.salingnya memainkan peranan yang penting antara keduanya.kita mampu menggambarkan bagaimana jadinya ukhwah itu tanpa iman..pastinya akan lebur ,lusuh dan hancur sebuah ukhwah.begitu juga sebaliknya..
Cuba kita menjenguh sekejap,gaya jalinan ukhwah dikalangan muda mudi diluar sana..adakah berasaskan iman dan taqwa,saya datangkan persoalan..mampukah persahabat yang terjalin dikalangan muda mudi sekarang untuk kenal rumah Allah?untuk tegur sahabat-sahabat lain,untuk mengatakan yang ini halal..yang haram?
Jawapan saya adalah tidak mampu,kerana umumnya persahabatan hanya untuk memuaskan hawa nafsu,bukan berasaskan Iman dan Taqwa.inilah yang membimbangkan kita..untuk menggambarkan kita bagaimana caranya membentuk ukhwah yang mantap,yang mampu mengubah syaitan jd malaikat..jom pakat-pakat lihat apa yang ditulis dalam buku “Al-Ukhwah Al-islamiah”..

Antara syarat-syarat yang perlu ada ialah sebagaimana berikut:
1)      Ikhlas kerana Allah
2)      Ukhwah yang disertakan dengan iman dan taqwa
3)      Di lazimi dengan ajaran islam
4)      Nasihat-menasihati kerana Allah
5)      Tolong-menolong diwaktu susah dan senang

  • ·         Ikhlas kerana Allah
Begitulah pra syarat pertama yang perlu ada untuk sebuah ukhwah fiLLah,kita maklum bahawa ikhlas merupakan tuntutan bagi setiap amalan hamba..begitu juga dalam berukhwah,ianya menjadi tonggak terpenting..melangkaui Firman Allah Azzawajalla yang :

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَ‌ٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

  Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus[1595], dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus. (Al-Bayyinah 5)

[1595]  Lurus berarti jauh dari syirik (mempersekutukan Allah) dan jauh dari kesesatan.

Dengan adanya sikap ikhlas dalam  setiap perhubungan,insyaAllah roh Rabbaniah akan menyerap dalam setiap perjalanan muhibbah ikatan persaudaraan.


  • ·         Ukhwah yang disertakan iman dan taqwa
            Mana mungkin terbentuknya ukhwah fiLLAH yang berlandaskan iman dan taqwa sehinggamana bersama seorang mukmin itu sahabat yang juga mukmin,yang sejalan perjalanannya kerna Allah.yang beramal dengan iman dan taqwanya..
Firman Allah taala yang bermaksud:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
  Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.(Al-Hujraat 10)

Maka bilamana begitu akan terjalinlah sebuah ikatan ukhwah fiLLAH yang seteguh gunung memasak teguhnya bumi,tidak akan ada kegongcangan yang mampu meneroboh teguhnya ukhwah yang dipautkan berlandaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah taala.inilah hebatnya jalinan yang pernah di praktikalkan oleh Rasul junjungan mulia Muhammad s.a.w ketikamana menjalin pautkan ukhwah FiLLAH antara Muhajirin dan Ansar,yang saya yakin kita maklum hakikat persaudaraan antara dua kaum ini.


  • ·         Di lazimi dengan ajaran Islam
            Dengan jalinan iman dan taqwa,maka sayugialah ukhwah yang terbina di lazimi dengan ajaran Syariat Allah.Namun nescaya ianya tidak realiti sehingga berdirinya persaudaraan ini atas hukum syariat Allah s.w.t,dan rujuk kembalinya kepada ajaran Rasul utusan Allah, Muhammad s.a.w .maka dengan itu telah bersabda Rasulullah s.a.w  mengenai 2sahabat yang mendapat lembayung teduhan arasyh Allah di lapangan mahsyar kelak .

Sabdanya:
ورجلان تحابا فى الله إجتمعا عليه وتفرقا عليه
''Dan dua orang sahabat yang berkasih-kasihan kerana Allah,betemu dan berpisah juga kerna Allah''

            Dengan ertinya bertemua keduanya dalam keadaan mereka beriltizam dengan syariat Allah,juga berpisahnya mereka dalam keadaan masih mengamalkan syariat Allah.oleh itu kita merujuk cantiknya didikan Rasulullah dalam pembentukan sahabat-sahabat..tatkala berjumpa tidak akan berpisah melainkan diakhiri dengan bacaan surah al-asr,kemudian bersalaman antara satu dan lainnya.maka dengan halnya ini memaparkan kepada kita bahawa keduanya berjanji diatas manhaj Islam,berjanji keduanya diatas keimanan dan amal-amal soleh,berjanji keduanya untuk berpesan-pesanan dengan yang haq,berpesan-pesan dengan kesabaran dan juga berjanji keduanya akan terus teguh diatas ad-deen ini.
            Begitulah cantiknya ajaran Rasulullah,yang ratanya kita tidak tahu rahsia sebalik bacaan surah Al-asr,yang menggambarkan teguhnya ukhwah FiLLAH yang terjalin diantara sahabat ridhuanullah alaihim.maka beginilah natijahnya kerna Islam itu“ I’tiqadu bil janaan wa iqraru billisaan wa ‘amalu bil arkaan”.

  • Nasihat-menasihati kerana Allah
Maka sa nya tidak mungkin lahirnya sikap nasihat-menasihati dalam persaudaraan sehinggamana jadinya seorang sahabat itu cermin kepada sahabat yang lain.sehinggakan bila masanya sahabat itu melakukan kebaikan ianya menjadi motivasi bagi yang lain untuk beramal lebih baik daripada sahabat tersebut,lantaran itu bila dilihat keburukan yang dilakukan sahabat itu ,lalu dinasihatkan dengan sebaiknya,disuruhnya bertaubat kepada Allah taala dan kembali ke jalan yang benar dan ad-deen al-haq.inilah yang memantapkan lagi syakhsiah ukhwah fiLLAH atas landasan islam dan neraca syariat.
            Oleh itu,beginilah gambarannya sikap nasihat-menasihati yang ikhlas kerana Allah sebagaimana yang di bai’ahkan oleh para sahabat alaihimussalam, sebagaimana telah diriwayatkan oleh ‘’syaikhani’’  daripada Jarir ibnu Abdullah berkata:
“Aku telah berbai’ah dengan Rasulullah s.a.w untuk mendirikan solat,mengeluarkan zakat dan nasihat-menasihati bagi sekalian muslim”.
 
Bahkan kita dapati sabda Rasulullah yang berasingan yang menyuruh kita untuk saling nasihat-menasihati
Sesungguhnya telah diriwayatkan oleh Imam Muslim :

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.

Terjemahan hadith

  ''Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)''

  • Tolong-menolong diwaktu susah dan senang
            Realitinya begitulah kesan ukhwah FiLLAH,maka tiadalah begitu melainkan seorang sahabat itu merasai kegembiraan sahabatnya dikala dia bergembira riang,begitu juga dikala sedihnya tidak sendirian.lantaran itu beginilah yang islam jadikan buat ummatnya,sikap ta’awun dijadikan kelaziman dan kewajipan dikala susah dan juga senang mereka.maka halnya ini pada ukhwah fiLLAH adalah terlebih wajib.Demikian itu kerana ukhwah fiLLAH telah terpatri diantara mereka untuk bersama dalam manhaj islam qaulan dan juga fi’lan.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

  Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.(Al-Maidah 2)


Sabda junjungan mulia:
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

 “Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehinggamana dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”
Inilah paparan-paparan yang menyarankan kepada kita untuk terus melaksanakan haq seorang sahabat kepada sahabat yang lain.mudah-mudahan jalinan yang sedia ada berterusan kukuhnya sampai kehadrat Allah azzawajalla.

Betulkah sahabat?
 Kita cuba kemukakan sedikit persoalan,apakah ertinya ikatan jalinan ukhwah yang kita bina berlandaskan syariat Allah..besyaratkan syarat-syarat yang berikut.mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini dapat kita cungkilkan status ukhwah yang ada..adakah sejalur dengan ukhwah fiLLAH yang di gambarkan oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam kutaiyib ini.lantas ukhwah yang terbina tidak luluh digegar mehnah dan permasalahan mendatang..ayuh sama-samalah kita menghayati isi kandung perkongsian yang tidak seberapa ini..selebihnya saya serahkan dalam ukuran Allah taala.
Wallahu taala a’lam…..(29/11/10)

oleh:
Mohd Khairum Zakaria Senik Awang Mahat
Kuliah Syariah Islamiah Al-Azhar As-Syarif
Cawangan Tanta


0 ulasan: (+add yours?)

Catat Ulasan