Munajat Ku




Munajat Ku

Urat benang Kau pakaikan
Butiran nasi Kau suapkan
Titisan air Kau minumkan
Lunak suara Kau dengarkan

Indah warna Kau pandangkan
Bebas gerak Kau berikan
Panas sejuk Kau rasakan
Sedap enak Kau sediakan

Namun hambaMu ini tiada syukur
Atas nikmat yang diatur
Tak sedar diriku kufur
Ampunkan daku Ya Ghafur

Tangis tawa sendu
Rantap daku padaMu
Lemah kuat lesu
Pinta daku pada Yang Satu

Getar hati kecil
Insafku terpanggil
Menghadap Rabbul jalil
Ya Allah daku lemah jahil

Dosa juga noda
Hanya dipersenda
Hati Ku Buta
Dalam terang cahaya

Wahai Tuhan Ku
padaMu daku mengadu
bukakan kembali hatiku
lunturkan karat membatu

Wahai TuhanKu
Lemah lesu diriku
Dosa selalu bertamu
Amalanku kian berlalu

Wahai Tuhan ku
sampaikan salam ku
buat kekasihMu
sekian lama daku menunggu

Wahai Tuhan ku
Tempatkan daku bersama RasulMu
Sungguh hati sentiasa rindu
Menatap wajah kekasihMu

Pintaku hanya satu
Matikan daku di sisiMu
Sebagai Syahid di jalanMu
Walau ku Tahu daku Tak mampu
Wahai Allah kasihanilah daku

Tafsiran hati:
Al-faqiru wal haqiru ilallah
Mohd Khairum B. Zakaria
[ Tuhanku Engkaulah tujuanKu dan redhaMu aku mohon..berikanlah daku kasihMu dan makrifahMu ]

1 ulasan: (+add yours?)

Noratiqah berkata...

malu rsnya mnyatakan cinta, kpd dia kekasih Allah..krn dia insan mulia sdgkn diriku insan biasa..T_T

Catat Ulasan