‘’Seputar hidup diperkampungan’’


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Salam ukhwah dan salam iman buat teman-teman pembaca yg budiman,kesekian kalinya sy mula menulis kembali..setelah hampir 3bulan mata keyboar ini tak tertekan dek perut2 jari-jemari ini.setelah diri sy dan sahabat-sahabat  tercampak ke tanah tumpah darah sendiri rentetan drpd Revolusi Mesir yg menjadi saksi kebangkitan rakyat.kini Revolusi merebak ke seluruh jazirah arab..menyaksikan tumbangnya Pemimpin yg berjiwa batu,rakus dan kejam pada pandangan sy.lantaran itu dunia dipaparkan betapa powernya kuasa rakyat..namun sebagai yg berakidah kita memahami segalanya dalam perancagan Allah,berkuasa untuk membina sebuah tamadun dan menghancurkannya..

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٢٦)

‘’Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.’’….[ Ali-‘imran 26 ]

kuasa yg tiada tolok bandingnya,yg berlari diantara 2 huruf,iaitu kaf dan nun..bilamana Allah menghendaki sesuatu memadai dgn kataNya ‘’kun’’ maka ‘’jadilah ia’’.entry kali ini bukan lah bertujuan untuk menceritan peristiwa sejarah dunia arab,tapi untuk berkongsi pandangan mengenai kehidupan masyarakat kampung sy.tempat lahir sy..kg sri jaya yg nun jauh dipendalaman jajahan kuala krai,Kelantan.melalui pemerhatian sepanjang kepulangan sy ke kampung halaman ,banyak yg  dpt sy simpulkan.. insyaAllah.
            Kehidupan kampung banyak mencorakkan keperibadian ummah,pengamalan masyarakat terhadap agama masih lagi kukuh.buktinya surau sentiasa dikunjungi walaupun prasarana yg agak using dan daif,kerana kefahaman yg ada, masyarakat lansung tidak memandang buruk usang surau sebagai alasan untuk tidak menghadirkan diri untuk solat berjemaah.inilah mentaliti penduduk kampung,saat dan ketika sy menulis ini ,surau belakang rumah sedang di naik tarafkan lantaran berubahnya qiblat yg asal.disaban hari kerja pengubahsuaian surau dilakukan,jelas tercorak dipandangan sy sikap kerjasama masyarakat kampung,ada yg tugasnya menukang kayu..ada juga yg memotong dan membelah kayu untuk dibuat lantai dan dinding.semua tak mahu melepaskan peluang keemasan untuk berkebajikan..alangkah beruntungnya mereka yg berlumba-lumba untuk berkebajikan ..sebagaimana kita maklum dengan firman Allah taala : 

" فاستبقوا الخيرات "
‘’ berlumba-lumbalah kalian dalam membuat amal kebajikan’’

Sy sememangnya teruja dengan p.cik-p.cik yg sanggup turun padang,walaupun penat berkebun belum hilang..al-maklumlah sekarang harga getah melambung tinggi,semua tak nak lepaskan peluang untuk mengejar harta dan wang ringgit.namun sy yakin tu semua bukan pandangan p.cik-p.cik tu tadi,bak kata orang bila umur menjangkau senja ‘’rumah kata pergi kubur kata mari’’..bagi mereka takde apa-apa yg nak di kejarkan,seolah dunia hanya bg yg muda-muda saja lah..


 ‘’ الدنيا مزرعة الآخرة ‘’
 inilah unggapan yg sy yakin senantiasa dipegang oleh mereka,bg mereka dunia hanya sementara saja,hanya tempat untuk melintas ke seberang...
            Yang jelasnya kehidupan masyarakat kampung pada pandangan sy hanya seputar beberapa perkara,antara yg dapat sy ringkaskan adalah,,pada waktu pagi halanya ke kebun.bila dh selesai di kebun balik rumah untuk amalan kendiri,makan dan berehat serta bersolat,tiba waktu asar sebilanganya menghala ke surau untuk solat berjemaah,selesai solat pekena secawan kopi kat kedai sambil menunggu senja berlabuh,bila terdegar alunan azan maghrib dan isyak kembali ke surau berjemaah,manakala jika ada waktu terluang kadang2 ada ustaz yg datang berceramah..menghuraikan kejahilan yg ada,menyampaikn maklumat semasa agar masyrakat kampung tak ketinggalan dek arus pengetahuan.

وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَيُؤْمِنُوا بِهِ فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (٥٤)

‘’dan juga supaya orang-orang Yang beroleh ilmu mengetahui Bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadaNya, sehingga tunduk Taatlah hati mereka mematuhinya; dan Sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang Yang beriman ke jalan Yang lurus…’’
[ surah Al-Hajj ]

Dalam penghidupan diperkampungan hanya media massa induk memanipulasi pemikiran,dengan line intenet atau jalur lebar yg takde susah untuk mendapatkan maklumat yg luas.jelaslah pemikiran mereka hanya terisi dengan apa yg dimainkan di tv dan radio saja,apa yg terpampang dan terdengar di corong-corong radio itulah yg benar bg mereka.Inilah warna-warni kehidupan diperkampungan pendalaman,tak banyak bezanya dengan berlalunya tahun-tahun yg sebelumnya..yg menorah getah masih lg setia dengan torehannya,yg bercucuk tanam masih lg dengan tanamannya.Namun mereka masih lg mengharapkan nasib badan akan berubah,tak mahu ianya berterusan pada generasi yg mendatang..dek kesedaran,anak-anak disekolahkan..yg masih dimenara gading juga agak ramai dan ada yg dah berkerjaya sebagai guru dan sebagainya,anak-anak inilah yang akan terus memahat harapan ayah dan ibu..


Begitulah corak-corak  warna yg dapat sy perhatikan sepanjang keberadaan di kampung halaman,yg letaknya jauh yg amat dipendalaman.Ianya menjadi satu cabaran buat penda’ie untuk menerobos kebiasaan masyarakat..nampak saja senang,tapi liuk lentuk perubahan masyarakat sentiasa ada,kuasa hitam makin hari makin menjalur lebarkan kebobrokan..ramai anak-anak muda yg terjebak dengan najis2 masyarakat.bila bercakap tentang anak muda,teringat akan sy seorang anak muda..juga rakan sepermainan diwaktu kecil,sy namakan di sebagai ‘’hery’’..dirinya pernah terjebak dengan aktiviti tidak sihat saban waktu yg lalu,kepulangan sy pd bln 7 thun lalu memberitakan sedikit sebanyak apa yg dah berlaku kpd batang tubuh kawan sy ni,perkhabaran dia dipaksa makan puluhan biji pil ‘’kuda’’ mengakibatkan kesan yg tak terjangkau dek fikiran.namun Allah masih memelihara hambaNya..dia disahkan kurang siuman,selama 2tahun berlarutan tanpa perubahan..akhirnya kepulangan sy pd bln Februari yg lalu,agak memeranjatkan sy..dia dah beransur pulih..Alhamdulillah,dh mula menjengah tangga surau usang di belakang rumah sy.tiap waktu terpaku dilantai surau..setengah jam awal dia dah sampai..syukur Alhamdulillah,perubahan yg amat positif,mudah-mudahan perubahan ini kekal ke akhir hayatnya..aminn.
Berbalik kpd cerita masyarakat hari ini,inilah realitinya dipendalaman..banyak kawasan yg disenarai hitamkan oleh pihak berkuasa,dalam tenangnya sebuah perkampungan hari ini disimbah kotoran,dan ianya amat membimbangkan.Lantaran itu tugasan para da’ie amat penting sekali,amanah dan tanggungjawab yg dipikulkan bukan sekadar hiasan.juga bukan beban yg boleh dihempas ke tanah bila merasa berat dan tak mampu..bukan juga hanya pengorbanan bahkan itulah tanggungjawab para penda’ie..bezanya suatu pengorbanan dan tanggungjawab,pengorbanan terkadang perlu dipaksa..namun tanggungjawab azlinya sudah terpundak dibahu..oleh itu ketahuilah,kotoran yg mencemar perlu dilusuhkan..jalan yg lurus wajib diunjurkan,ayuh kita lebar bidangkan dada untuk bersama-sama mempertingkatkan ilmu dan amal membentuk syakhsiah islamiah..kita bukan pemula perjuangan,tapi kita adalah penyambung mata rantai perjuangan orang terdahulu dan akan ada yg akan menyambung perjuangan kita nanti.Maka inilah warna-warni yg perlu ada pada sang da’ie dan sang da’ieyah,mencorak ummah..tak kira dalam konteks masyarakt kampung atau masyarakat Bandar sekalipun,taklifan dan amanah yg tak mengenal batas komuniti masyarakat,taraf hidup dan susur nasab.sebagaimana sabda junjungan ‘’tiada beza antara ‘arabi dan ‘ajami melainkan teras Taqwa’’..
dikuatkan lagi dengan firman Allah taala:

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

‘’Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)’’ ..[ Al-Hujraat 13 ]

Sifat taqwa inilah yg menjadikan darjat seseorang tinggi disisi Allah azzawajalla.lantas inilah persepsi yg perlu ada bg setiap da’ie..jadikan medan dakwah sebagai mainan harian,letih mainan badan..sebagaimana seputar hidup masyarakat kampung..’’keluar pagi balik ptg..kadangkala sampai malam,mencari rezki bawa pulang,untuk orang yg tersayang’’..hidup diperkampungan menongkah arus,harus dijadikan tauladan buat kita,jerih hidup mereka diteruskan..dalam susah agama tetap digendong,biarkan berpatah sayap mereka rela bertongkat paruh,walau dalam diam keutuhan mereka kian luntur,pedal tetap dikayuh..mengharap ada yg datang menampung,siapa lagi kalu bukan yg berilmu,,ayuh sahabat..pendayung jgn dibiarkan bersahaja,dayunglah semampu tenaga..sy bkn bercakap semata-mata mengenai laman kampung sy.bahkan menyeru sekalian sahabat untuk berbakti disegenap penjuru alam,bukanlah sy menidakkan usaha di perbandaran..tetapi menyeru untuk turun padang,andai yg terpencil pun dihinggapi kuman apatah lagi yg terbuka sifatnya…peranan sang murabbi tersangat butuh diwaktu nazak dan getir..

Ayuh bangit pemuda harapan
Jadi pencerah di masa hadapan
Agama dipasak tulang belakang
Jihad Sahabat kita kenang
Tersimbah darah saksi perjuangan
Lemah layu kita buangkan
Kalimah Islam kita laungkan
Biar luruh segala badan
Agama digendong serata alam..:)

وَمَا يَسْتَوِي الأعْمَى وَالْبَصِيرُ (١٩)وَلا الظُّلُمَاتُ وَلا النُّورُ (٢٠)وَلا الظِّلُّ وَلا الْحَرُورُ (٢١)

[19.] dan tidaklah sama orang buat Dengan orang Yang Melihat. [20.] dan tidaklah sama gelap-gelita Dengan cahaya Yang terang-benderang,[21.] dan tidaklah sama suasana Yang teduh Dengan Yang kencang panasnya…
[ Surah Al-Fathir 19/20/21 ]
Akhir kalam..
wallahuataala a’lam

‘’Salam pejuang buat para penda’ie yg tak pernah gugur kefahaman dan semangat juang,ketahuilah dirimu diperlukan’’
Disediakan oleh : Al-Faqiru ilaLLAH
Mohd Khairum Zakaria



0 ulasan: (+add yours?)

Catat Ulasan