Usolli Kaman

0 ulasan


{ بسم الله الرحمن الرحيم }
Alhamdulillah,atas kesempatan yg Allah berikan..seusai khalasnya imtihan faslu at-thani,saya diamanahkan untuk menjadi khatib di masjid pinjaman dprd seorang hamba Allah(moga Allah merahmatinya) utk aktiviti solat jumaat dan khutbah dlm bhsa melayu.Saya menyahut cabaran dgn sedikit pengalaman,Alhmdulillah semua berjalan lancar..walaupun ada sedikit kesalahan,namun maha suci Allah yg menjadikan tiap kesalahan itu  sebagai pengajaran bg org2 yg dikehendakiNya,orang yg sentiasa betul dalam gerak kerjanya akan merasa gundah bila di sapa ‘’salah’’..tapi org yg sentiasa salah akan bahagia bila dianugerahkan ‘’ betul’’..inilah hakikat dan realiti..Namun bagi org2 yg memahami makna sebuah kehidupan yg hakiki,tentunya  mudah untuk menterjemahkan apa yg berlaku..inilah org2 yang jujur dalam hidupnya,tidak letih dalam sebuah hamparan anugerah kehidupannya..teringat kata2 Syeikhna  al-murobbi as-syarif  Yusof Al- Hasani..yg saya petik dprd buku ‘’Makna sebuah Kehidupan’’ hasil karangan Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaludin..Beliau berkata: Jika anda terasa hidup ini meletihkan,bererti anda tidak jujur terhadap diri sendiri..hidup yg meletihkan ini berlaku bilamana kita kekosongan dlm menghayati erti kehidupan..sy pernah jlskan sblm ini dlm artikel2 yg lps,utk mngenal hakikat sebuah kehidupan itu..perlulah kita mengenal hakikat kejadian kita dan juga hakikat ketuhanan Allah Azzawajalla..masyaAllah panjang btl muqaddimah entry kali ini,maaf ya teman pembaca..mngkin sbb lama tak menulis,bnyk pula yg nk di luahkan..

                Tajuk entry kali ini saya berikan dgn tajuk ‘’ usolli kaman’’ ..suka saya utk berkongsi dgn sahabat2 pembaca satu kisah penyesalan buat saya.ceritanya begini : pada suatu ptg yg agak panas membahang,kedengaran suara muadzin melaungkan kalimah seruan menunaikan solat zohor  juga seruan kearah kejayaan..lantas saya menyucikan anggota wuduk,mengenakan jubah coklat kegemaran..dan saya smpai agak lewat sedikit utk bersama jemaah yg lain.Setelah selesai solat..rata2 jemaah menunaikan solat sunat dan  lalu beredar..saya antara yg keluar paling akhir drpd masjid..saat kaki melangkah melangkaui pintu masjid Al-Hamdu,satu suara menyapa “ usolli Kaman” ..lalu saya mendongak,ah.. ammu yg selalu solat kat msjid ni rupanya ( bisik hati)..sambil tangan ammu td memegang bahu saya,lalu saya yg dalam keadaan tergesa-gesa utk keluar terus menjawab “ khallastu”..namun ammu td terus mendesak “ usolli Kaman”..dgn agak keberatan saya sekali lagi menolak “ khallastu”..tnpa bercakap panjang ammu td terus melangkah ke ruangan solat dan saya berlalu pergi..dalam keadaan tergesa-gesa utk ke kedai ikan berdekatan,saya mempercepatkan langkahan,sesampainya  saya di kedai ikan tersebut..Allahuakbar!!!…tutup rupanya,hampa seketika..tanpa berlegah saya terus berlalu pergi..dan melalui jln yg sama,melintasi hadapan masjid al-Hamdu saya terpandang ammu td sdg solat bersama seorang sahabat sy..Alhamdulillah,syukur..namun timbul rasa penyesalan dalam diri saya,kerana sikap yang  terkejar-kejarkan dunia yg sentiasa berlari..aku terlepas akhirat yg sentiasa menanti..(keluh hati….)

                Begitulah kisah saya,mungkin ada yg dapat saya kongsikan sebagai pengajaran..firman Allah taala dlm surah Al-Baqarah :

فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ (٢٠٠) وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (٢٠١) أُولَئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (٢٠٢)
Maksudnya:
200. kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan Dengan sebutan Yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
201. dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka".
202. mereka itulah Yang akan mendapat bahagian Yang baik dari apa Yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.


Ayat diatas memaparkan dua golongan hamba Allah..satu golongan hanya mengharapkan kebaikan dunia semata-mata,dan kumpulan yg lainnya mengharapkan kebaikan drpd kedua-duanya sekali (dunia & akhirat)..benarnya begitulah hakikat kehidupan manusia ,ada yg terlalu tamakkan dunia lalu meninggalkan akhirat..ade juga yg terlalu tamakkan akhirat lalu meninggalkan dunia.sebagaimana yg telah berlaku pada zaman Rasulullah,ada beberapa org sahabat yg mahu meninggalkan dunia secara keseluruhannya..lantas sabda Rasulullah kpd mereka yg bermaksud: “Aku berpuasa dan aku berbuka..dan aku juga mengahwini perempuan”..
Namun bertuah kepada barang sesiapa yg menyeimbangkan antara duanya..dalam erti kata lainnya,kesibukan mengejar dunia bukan sebab baginya meninggalkan akhirat..teringat saya kata2 syeikhna Ahmad Muhammad Al-Maddah Al-Husaini yg beliau huraikan petik drpd “Hikam Ato’ilah” : “manusia sentiasa gopoh mengejar rezeki yg Allah telah tetapkan..namun hambar untuk beramal demi akhirat yg akan datang”..Ya Allah ampuni kami..

Sahabat2,hati yg sentiasa merindui habuan dunia akan mudah dikuasai Syaitan dan nafsu..lalu kita tentu mewarisi pnyakit waham..iaitu cintakan dunia dan takutkan kematian,lalu inilah yg membuatkan benteng seorang muslim ampuh utk dicerobohi musuh2 pengdengki..Rasulullah pernah menggambarkan betapa lemahnya ummah yg di jangkiti penyakit waham ini..mereka umpama buih2 yg bnyk di lautan..tp teramat  mudah untuk pecah walau  dgn hnya tiupan angin.
Begitu jgk dgn sepotong hadis yg saya petik drpd kitab Bidayatul Hidayah oleh imam Abu hamid Al-Ghazali..

" حب الدنيا رأس كل خطيئة "

Yang bermaksud : “kecintaan kepada dunia adalah punca kpd semua kejahatan”

Lalu terbuktilah apa yg berlaku hari ini..matlamat selalu menghalalkan cara,janji nikmat dunia dapat dikecapi..demi memuaskan nafsu manusia sanggup apa saja.Yang terbarunya bila hak kita dinafikan..kita semestinya kecewa dgn sikap sesetengah org yg berkuasa..menggunakan kuasa dah sulthoh pinjaman dengan tanpa berlandaskan Al-Quran dan sunnah,lalu kita dizalimi..kita ditindasi..kita dinafikan hak..kita dinodai pendirian dan jati diri..kita dilabelkan pembuat onar,pengganggu keamanan..namun kita masih sabar(kata al-Marhum ust. Fadil Nor),dan tetap akan bersabar..sampai masanya nusrah Allah pasti akan tiba,saat itu..mereka pasti menangis hiba..kita pula sorak gembira.Namun nusrah Allah itu tiba pada saatnya..banyak sabar perlu ditumpahkan,banyak mahar yg perlu dikorbankan..
oleh itu marilah sama2 kita menghisab diri,koreksi peribadi..mudah2an doa yg selalu kita panjatkan dimakbulkan Allah ..

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ

Serta akan dikumpulkan dengan org2 yg soleh dan solehah..dan dimatikan sebagai seorang yg Syahid,sebagaimana nasyid Imam Samudera buat dirinya..” syahid aku..syahidlah daku”

Akhir kalam..siruu ala barakatillah…
Wallahua taala ‘ala wa ‘alam…….




Foto sekitar Ziarah Aulia'uLLAH di Dsuq

0 ulasan

 Syeikhuna Ahmad Muhammad Al-Husaini Al-Maddah



Maqam Saiyyidi Abdul Aziz atau dikuniahkan dgn Abu Al-Majdi
,yg merupakan ayahnda kepada As-sayyid Ibrahim Al-Qurasyi Ad-Dusuqi



ini pula Maqam  As-sayyid Ibrahim Al-Qurasyi Ad-Dusuqi
yg terletak ditengah pekan Dsuq


bait-bait syair yg memuji Sayyidi Ibrahim Ad-Dusuqi



berikut adalah Maqam As-Sayyid Muhammad Abdul Wahhab Husanain Al-Husofi,
beliau merupakan guru kepada Mujaddid As-Syahid Imam Hasan Al-Banna dlm Tariqet Burhamiyah


 Maqam As-sayyid Husanain Husain Al-Husofi,
merupakan Ayahnda kpd As-Sayyid Muhammad Abdul Wahhab Husanain Al-Husofi,
beliau juga merupakan Guru kpd Ayahnda Imam Hasan Al-Banna iaitu Syeikh Ahmad Abdurrahman.



Risalah drpd As-sayyid Muhammad Abdul Wahhab yg menjelaskan permasalahan
keberadaan Qubur dlm masjid,yg sering kali dipandang sinis oleh sesetenganh fahaman..



satu lagi Maqam keturunan Al-Husofi ,As-sayyid Muhammad Abdul Fattah Husanain Al-Husofi 
anak kpd Husanain Husain Al-Husofi



Perigi yg terdapat dalam masjid Al-Husofi,diceritakan telah di gali oleh syeikh Husanain sebagai sumber air,lalu dengan karamah drpd Allah ternyata air drpd perigi ini menjadi ubat bg masyarakat setempat .



sedikit kalam tashji' buat Azhari drpd Syeikhuna Al-Murobbi .



akhirnya adalah maqam WaliuLLAH As-Sayyid Abu Rish Izuddin 'Athiah,diceritakan antara karamah yg dianugerahkan kpd Beliau adalah keboleh terbang..wallahutaala a'lam.kerana Ar-Rish sdri bermksud bulu pelepah..


Akhir kalam,ketahuilah duhai teman bahawasanya para waliuLLAH ini hidup walaupun pd zahir mata kita mereka telah wafat..maka maha benarlah firman Allah taala dalam surah Al-Baqarah :



وَلا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَكِنْ لا تَشْعُرُونَ

yang bermaksud >> {dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.}

wallahutaala a'lam....



Bingkisan Muhasabah Buat Diri..

0 ulasan


بسم الله الرحمن الرحيم

Belajarlah untuk menghargai walaupun  kita tak pernah dihargai,
Belajarlah untuk memahami walaupun kita tak pernah difahami,
Belajarlah untuk mensyukuri walaupun kita tak pernah disyukuri,
Belajarlah untuk bersabar walaupun kita tak pernah disabari,
Belajarlah untuk menerima walaupun  kita tak pernah diterima,
Belajarlah untuk mengenali walaupun kita tak ingin dikenali,
Belajarlah untuk menghampiri walaupun kita tak pernah dihampiri,
Belajarlah untuk menyantuni walaupun kita tak pernah disantuni,
Belajarlah untuk mengasihi walaupun kita tak pernah dikasihi,
Belajarlah untuk menyayangi walaupun kita takkan pernah disayangi,


Wahai dai’e..ini tugas mu,bukan mudah menggapai bintang..andai alah sebelum berjuang.
bukanlah pendai’e andai hidup bersendirian..tanpa berhempas ditengah medan..
Ya Allah Tarbiyahlah hati-hati kami sepertimana yg telah Engkau tarbiyahkan hati-hati para Anbia’,para Aulia’ juga para syuhada’…sucikanlah hati-hati kami dengan Ikhlas utk menuju RedhaMu ya Rabb..

DIMULIAKAN ATAU DIHINAKAN

0 ulasan


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah tentunya kita dahulukan sebagai tanda hamba yg mengenal Tuhannya..hamba yg cerah hatinya dengan kalimah Tuhanya,pastikan ianya jd kebiasaan bukan kerana adat..tapi kebiasaan berteraskan kefahaman sebagai seorang hamba..antara diuji dan diberi,ianya membuahkan erti yg besar bagi hamba yg mengerti,sungguhnya syukur bila diberi itu tinggi nilainya drpd senyum bibir seorang yg menahan rs perit sebuah sabar..

Sahabat,kita bangga bila dihadiahkan kata mulia dan sebuah penghargaan drpd sesama manusia,bahkan kita lagi mendambakannya.Lalu alangkah bahagianya terasa..lapang dada,riang gembira..rasanya seakan dunia ini telah mampu dimiliki.Lantasnya kita memalingkan sebuah puji dan kemuliaan yg dijanjikan oleh yg Maha Esa..yg nyatanya takkan mampu mata yg kabur imannya menterjemahkan harga sebuah kemuliaan drpd Allah Azzawajalla..mana mungkin sahabat jika sekeping hati yg gersang ini menafsirkan luasnya ruang kemuliaan yg Allah janjikan bg yg celik mata hatinya…teringat firman Allah yg bermaksud : “adakah sama diantara org yg buta (mata hatinya ) dengan org yg celik (mata hatinya) “  ..maka alangkah ruginya jika kita hanya mendambakan kemuliaan yg datang drpd manusia..,kita rela dikumpul seteguh tenaga yg ada utk mencari erti milik yg sementara.. yg jelas realitinya kemuliaan drpd manusia itu adalah sebuah fatamorgana..

Dilembaran sebuah penulisan yg amat  besar maknanya buat kita..’’Al-Hikam’’ Ibnu Ato’ilah Assakandari: { tanda seorang itu dimuliakan oleh Allah ada 3 >> pertamanya : ringan anggotanya utk berbuat ibadat walaupun tanpa bersusah payah>> keduanya : senantiasa dijauhkan drpd maksiat walaupun terkadang terasa utk menghampirinya>> ketiganya : doanya sentiasa dipanjatkan kpd Allah dalam setiap hal hidupnya } jd sahabat mari kita sama-sama  ukur tinggi rendah duduk kita dengan hati yg sedar dan insaf..

                Dari suatu sudut yg lainnya duhai sahabat,langkah ini tentunya longlai bila dihina ,dicaci..terasa alangkah gelapnya sepanjang siang yg terang,alangkah gelita yg pekat sebuah malam yg diterangi cahaya samar sang bulan purnama..pedih hati,geram dan tertekan nya jiwa ini bila kita dihina manusia yg jelas kesannya dimata khalayak…Allahhhhhh(tentunya kalimah  ini dalam  keluhan kita)…takkan mampu terucap dibibir kata betapa pedihnya sakit dihina..inilah nilaian mata kita,yg kadangnya teruji dengan libasan tajam lidah manusia..tiada bezanya bumi yg kita pijak,pegangan yg kita pegang..benarkah kita atau salahkah kita..sakit dihina pasti akan terasa,namun yg membezakannya adalah hati yg penggantungannya hanya pada Allah..mereka lebih ingin dihina disisi manusia,drpd celaka sebuah hinaan drpd Allah..celiknya mata hati bila terasa pahit dan pedih jika dihinakan Allah taala..lalu mana mungkin buat hati yg tandus imannya ini..ya Allah ampunkan daku.

Maka dilembaran yg sama..Al-Hikam memaparkan : {tanda seorang itu dihinakan Allah juga 3>> pertamanya : susahnya terasa utk berbuat ibadat walaupun sdh diushakan>> keduanya : senantiasa dkt dengan maksiat walaupun tidak mahu menghampirinya>> ketiganya : merasakan doa kpd Allah tidak diperlukan utk setiap halnya..}

Ya Allah jauhkan kami drpd hati dan tanda yg sedemikian..dekatkanlah kami ke jalan benar Mu ya Allah..ya Allah jadilah kami golongan yg bila dihinakan atau dimuliakan rasanya tetap sama..tiada marah,tiada bangga..namun syukur mendahuluinya,sebagai tanda hati yg sentiasa munajat dan mengharap dengan ikhlas drpd Mu ya Allah..

Ingatlah munajat kita dikala subuh : 

إنه لا يذلّ من واليت , ولا يعّز من عاديت
“Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah muliakan dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan.”

Lalu sahabat2,ukurlah dimana duduknya kita..jom sama2 kita perbaiki diri..nyatanya yg menulis terlebih FAQIR dlm segenap hal.. Mohon tunjuk ajar drpd shbt2 sekalian 

wallahutaala a’lam

BILA KAIN PUTIH ITU MILIK KITA

0 ulasan



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum
Apa khabar sahabat pembaca ?
Dikesempatan yg terkejar ini,Alhamdulillah..sy ingin merebut sedikit peluang mengemudi blog yg dah lama sunyi drpd perkongsian pandangan dan sedikit coletan ilmu yg ada.

saat diri rs teruji dengan masa yg berbaki utk menghadapi imtihan faslul thani..banyak pula teruji dengan onar semangat,semangat mula melonglai disaat getir..lantas Allah kita unjurkan segala pertolongan.terkadang terlintas digambaran waktu,saat kita senang..suka,ceria,gembira ,,namun tika itu jarang sekali lafaz  syukur terucap dibibir kata.ini menguji realiti erti sebuah kehidupan hakiki..nyatanya kita belum mengenal hakikat diri sendiri..apatah lagi hakikat ketuhan Allah taala..
Lalu andainya perlu kita lontar 3 persoalan buat diri,maka lontarlah sebagaimana soalnya para Ulamak..

          1* Kita berasal dr mana?
          2* Kenapa kita hidup di dunia? @ siapakah yg bersama kita skrg? 
          3* Kemana kita setelah mati?

Nah ini persoalan yg sepatutnya dilontar buat jiwa2 yg ingin merindukan Tuhannya,jiwa yg senantiasa ingin  basah dengan simbahan suci kalimah Allah,jiwa yg ingin tersemat teguh ajaran sunnah RasulNya..jiwa yg ingin bila digongcang mehna rujuknya kpd Allah dan RasulNya..jiwa yg ingin bilamana esak tangis luahnya kpd Allah..maka jiwa2 yg menginginkan suatu pulangan beginilah membuktikan kita seorang yg sedang sedar..

Lantaran itu,sesal tidak akan menerpa disaat kain putih menjadi milik kita..bahkan hati yg penuh nuor kembali ke pangkuan Rabnya tanpa seribu sesal,disaat org sekeliling menangis hiba ..kita senyum ceria.terbaca satu risalah yg menghiasi laman masjid Musa di hayyu sabi’e..’’disaat kita dilahirkan telinga diazankan tanpa solat…namun disaat jenazah kita terbujur kaku,tubuh kaku itu disolatkan tanpa azan..maka nyatalah,hidup kita Cuma diantara azan dan solat”…cuba kita bayangkan duhai sahabat2,brp bnyk ms yg kita sudah hbskan?..berapa bnyak titisan air yg hirupkan?,berapa banyak biji beras kita lumatkan..? ingatan  buat diri dan sahabat pembaca..masa berfikir tiada lagi disaat kain putih menjadi milik kita..jd gunakn ms yg berbaki sebaiknya..

“Berfikir sesaat lebih baik drpd beribadah setahun yg tiada manfaat’’

Syukran buat sahabat yg empunya blog ini ,saat dia menyapa idea pengemudi akan tercurah dipaparan blog…
syukran :)

Kecewa seorang pencopet

1 ulasan



Assalamualaikum..

Malam ni nak kongsi satu citer..kisah ni  rentetan drpd kisah sy dan sahabat2 ke perkampungan Tukh,ceritanya begini..sekembalinya sy dan kawan2 drpd Tukh,sy trs ke masjid utk solat jumaat..selesai solat jumaat,sy balik ke rumah..rehat sekejap,kemudiannya sekitar jam 3.15 ptg sy dan Mat ahli bait yg setia terus melangkah ke jalan utama utk ke masjid Badawi bagi menyertai usrah amali bersama angkatan exco yg lain.Setibanya kami di masjid Sidi Badawi jemaah telah pun selesai,kami terpaksa mengikuti jemaah yg lain.Setelah selesai menunaikan solat berjemaah..mata kami meliar kearah satu kelompok manusia,benak kami mampu menterjemahkan bahawa kelompok itu adalah kumpulan tariqat,tp tak berapa pasti drpd tariqat yg mana satu..dalam leka melihat kumpulan tariqat mengalunkan zikir dan nama-nama Allah kehadiran Syeikh dapat  mengembalikan pandangan asal.Lalu sy bergegas mendapatkan syeikh Ahmad Muhammad Al-Maddah..ditangan beliau terisi sebuah beg hitam pemberian seorang pelajarnya..sy terus menyambut tangannya,lalu ingin dikucup namun tak kesampaian dek kerana Tawadduknya seorang Syeikh,kami berpelukan antara satu sama lain..lalu kucupan mesra seorang syeikh hinggap di kedua pipi sy..Alhamdulillah…begitulah kasih seorag syeikh kpd semua muridnya.Seketika kemudian rakan-rakan yg lain datang mendapatkan syeikh Ahmad..lalu tanpa membiarkan masa berlalu terus dihuraikan isi kandung ‘’syarah Al-Hikam Ibnu Atoi’lah Assakandari’’..banyak yg kami perolehi hari ni,antara yg pentingnya: ‘’ jangan kita menghina seseorang itu secara pukal,yakni dengan erti kata lain,memadailah dengan kita membenci maksiat yg dilakukan,bukan zat yg melakukan’’...sebagai contohnya : seorang yg berzina,maka memadailah kita membenci perbuatannya..jangan dihina atau dikeji yg empunya badan..Alhamdulillah,kami diberi peluang utk mendengar kalam-kalam hikmah drpd isi kitab Al-Hikam..milik seorang ulamak besar,makamnya berhadapan dengan Jabal Muqattam.

Selesai di masjid Sidi Badawi sy ,Mat dan Ridha singgah menjamu selera dikedai kusyari yg biasa kami kunjungi,sambil kawan-kawan yg lain sedang berbincang dilaman masjid Badawi mengenai kelas tafsir bersama Dr. Abdullah Syazuli yg  merupakan seorang pakar rujuk Jamiah Al-Azhar Tanta.Selesai makan kami ke lorong yg bersebelahan utk membeli sepasang selipar,menggantikan selipar sy yg tertukar dengan seorang jemaah tempoh hari,tanpa dpt sy kesan siapa yg tertukar selipar dgn sy..selipar tu masih berada didepan rumah,agak keberatan bg sy nk memakai hak milik orang lain..dilorong,selipar yg berkenan di hati tak sy ketemui,so kami terus ke Medan Sa’ah yg letaknya berhampiran dengan masjid tempat Dr. Abdullah mencurahkan ilmu,dipersekitaran itu sy memilih sepasang selipar,dengan harapan dpt berulang alik ke masjid berdekatan dengan rumah nanti..insyaAllah.LE 200 sy hulurkan buat peniaga..dengan harga LE32 yg kami mauidkan,setelah mengira duit daripada saku..peniaga td menyerahkan kpd sy,baki yg diberi LE 167..kurang LE 1,sy terus mengira setelah peniaga td berlalu,mudah-mudahan dia silap kira..namun sangkaan sy meleset,mauid tak ditepati..sy mintak lg LE 1,Alhamdulillah hak sy dikembalikan..lalu kami berlalu pergi,perancangan awl nak terus balik ke Siber Bay..tapi Mat ajak sertai kuliah tafsir di masjid berdekatan,sebab pada mulanya perkhabaran kelas malam ni takde..kami melangkah laju ke halaman masjid bila kedengaran azan dikumandangkan.setelah selesai berwuduk…sosok tubuh Dr. Abdullah mula kelihatan,salam daripadanya kami sambut..setelah selesai solat maghrib,kelas bermula..tafsiran ayat bermula dr ayat ke52 surat Ali-Imran..antara yg sy boleh kongsikan disini satu hukum yg disyarahkan oleh Dr. Abdullah ‘’ kita tidak boleh menghukum seseorang itu kafir selagimana tak terzahir kekafirannya ‘’..maka inilah isunya yg lalu,diperbatasan Tanah Melayu pernah terjadi isu kafir-mengkafir,begitu juga halnya di perlembahan arab..isu mengkafirkan Al-Imam Ibnu Taimiyah sgt popular satu masa dlu,menyebar keseluruh Tanah Melayu.lagi  kata Dr. Abdullah Rahmatullahi alaih :’’ andai kata tohmahan kita dengan mengkafirkan seseorang itu tak benar,maka tohmahan td akan kembali kepada kita..’’nauzubillahi mindzalik.

            Waktu isyak mengakhiri kelas tafsir malam ni,seusai solat isyak sy dan Mat bergegas pulang..kawan-kawan yg lain mengantur langkah ke pasar berdekatan.sebelum naik bas kami sempat meneguk subya ala tamarhind,menghilangkan dahaga.seketika menunggu bas yg kebanyakkannya penuh..Mat bertekad utk naik bas yg ketiga,sy tanpa membantah mengekori..walaupun hny berada di pintu bas,maka bermulalah kisah kecewanya seorang pencopet..

Berada berhampiran pintu agak kurang selasa bagi sy,kebimbangan akan jatuh..sy terus naik sedikit ke ruang kosong yg ada,tanpa sy sedari 2orang sedang memerhatikan sy.Lima minit perjalanan hati merasa gelisah..ade yg tak kena dengan poket jaket sebelah atas di bahagian kiri,kelihatan tangan yg memegang kertas mnenyembunyikan tangan yg satu lagi..aktiviti mencopet  sy sedari,lantas sy cepat-cepat mengalihkan dompet dan hanset ke saku seluar yg sy yakin selamat,pencopet yg menyedari tindakan sy mula buat muka selamba..macam takde apa-apa yg berlaku,sy mula gelisah dengan keadaan td..kemudiannya,memberi peringatan kpd Mat agar berhati-hati dengan org yg berkenaan,cubaan demi cubaan terus dilakukan utk mengalihkan pandangan sy..tapi Alhamdulillah,Allah masih memelihara sy.Sekitar 5minit kemudian sy mendapat tempat duduk dalam bas yg mulai lengang,dalam diam sy masih memerhatikan gelagat dua orang pencopet td..kali ni seorang p.cik  menjadi sasaran mereka..namun Alhamdulillah…sekali lagi perbuatan jahat mereka digagalkan Allah,tanpa sengaja p.cik td membuka ruang utk orang turun di perhentian  Maarad menyebabkan tangan pencopet tak kesampaian,dalam diam kawan pencopet menyedari aktiviti mereka diperhatikan sy..mereka mula tak keruan,lalu dengan marah sy dipersoalkan knp memandang mereka..kononnya nak menutup kesalahan mereka,sy dengan muka yg agak cuak buat-buat tak tahu,bukan apa..dlm keadaan kurangnya aktiviti kepolisan,takde yg akan memihak kami.Sy biarkan leteran pencopet yg ketakutan..sampai ke destinasi yg seterusnya,2orang pencopet berlalu pergi dengan kecewa dan maki hamun yg dihamburkan kpd sy.. berlalu kejadian td, semuanya kembali tenang bg sy,terlintas dibenak fikiran..Allah mengujiku dengan ilmu yg aku dapat di dewan solat Sidi Badawi ptg td,huraian Al-Hikam Atoi’lah dipraktikalkan keatas batang tubuh yg tandus ilmunya..sy tidak menghukum kejahatan pd batang tubuh kedua mereka..bahkan sikap dan tingkah laku mereka..
Begitu juga dengan syarahan tafsir surah Ali-Imran sebentar td mengingatkan sy kekuasan Allah..sehebat mana pun tipu muslihat manusia,takkan mampu menandingi perancangan Allah Azzawajalla..firman Allah :

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ (٥٤)

Maksudnya: dan orang-orang (Yahudi Yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak Yang membalas (dan menggagalkan Segala jenis) tipu daya…[Ali-Imran 54.]


Akhir kalam..Alhamdulillah,atas segalanya ya Allah..
Wahai Allah..!!!!
kembalikanlah hati-hati mereka kepada ajaranMu,..
Kisah yg berlalu malam ini agak melucukan bg sy..kadang-kadang tergelak sendirian..apa2pun..Alhamdulillah ala kulli hal wa ni’mah..

Wallahuataala a’la wa a’lam..
Oleh: Al-Faqiru ilaLLAH Mohd Khairum Zakaria
Jumaat-1 April 2011
Bait Saiyyidah Juwairiah Dar Taqwa

Tsunami Antara Bala Dan Bencana

0 ulasan


Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim....
Para pembaca budiman,sebulan hampir berlalu dunia dikejutkan dengan gempa bumi bertarikh 11 Mac 2011 yang menggongcang bumi Negara matahari terbit dengan 8.9 skala Richter dan dikatakan terburuk dalam masa seratus tahun...disusuli dengan itu tsunami turut meneggelami daratan dan menghayutkan apa sahaja..lalu merobek keangkuhan manusia,melenyapkan keegoan insan..bahawa bumi ini milik Allah azzawajalla,Dia yg berkuasa sepenuhnya,yang menghendaki sesuatu dengan kehendakNya..yang menggerakkan sesuatu dengan QudratNya,bilamana dikehendaki sesuatu memadai bagiNya dengan berfirman “kun”..maka jadilah ia.

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٨٢)

Maksudnya: Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi…[ surah Yaasin 82 ]

begitulah canggihnya sensor kekuasan Allah..takkan mungkin terjangkau oleh benak pemikiran manusia.Kalau hari ini urusan dunia dipermudahkan dengan pelbagai sensor pengesan..ada yang hanya kalau di petik je jari trus menyala lampu,di tepuk je tangan terbuka pintu..dll.Namun itu semua takkan sehebat sensor ciptaan Allah taala..segalanya kembali kpdMu wahai Tuhan yg Maha pencipta,Tuhan yg memiliki sesuatu,kami lemah dalam sedar..selalu leka,selalu mengaku itu dan ini milik kami,bersyukur jauh skali..begitulah fitrah manusia yg takkan pernah berganti.
Tsunami kembali buat kali ke2..setelah meneggelamkan tanah Aceh dan sekitarnya,meragut ratusan ribu nyawa manusia satu ketika,meranapkan binaan,menghanyutkan kenderaan..kini kuasa tanah dan air pula menggongcang bumi yg dianggap termaju saban waktu dulu,bumi matahari terbit yg gah suatu waktu dulu..ranap dalam kelipan mata manusia..itulah kuasa Allah,tiada penghalang..walau apa pun perancangan manusia,sensor atau alat pengesan yg tercanggih diguna pakai tetap takkan mampu menandingi kuasa Allah,menahan mara kehendak Allah azzawajalla…
Sahabat,jom kita pejamkan mata..tajamkan akal,lapangkan dada..kita rasai kekuasaan Allah yg saban hari kita kecapai..saban hari kita lalui,dalam ada..kita terkadang leka,walhal untuk meniadakan bukan payah bagi Allah,dalam tiada..kita selalu mengeluh panjang,susah katanya hidup begini dan begitu,walhal yg ada belum tentu disyukuri..peringatan demi peringatan Allah turunkan kpd manusia,antaranya firman Allah taala :


فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ (١٥٢)

Maksudnya: dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)… [ Al-Baqarah152 ]

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ (٧)

Maksudnya: dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras"…[ Ibrahim 7 ]


Semenjak tsunami melanda daratan Aceh dan sekitarnya,kajian terus-menerus dibuat..banyak kesimpulan dikemukakan,ada yg pendapatnya sejengkal akal manusia..ada yg melangkaui kebiasaan manusia.Pendapat yg sejengkal akal manusia mengatakan ini hanya gerakan lapisan bumi (kerak bumi)…lalu menghasilkan gegaran yang amat kuat,gegaran di dasar lautan menghasilkan gelombang kuat..menerjah ketumpatan air,menghasilkan momentum lalu menerobos daratan..menghancurkan setiap bangunan.Adapun pendapat yg melangkaui batas mampu manusia berkata inilah bala atas dosa-dosa buatan tangan manusia..sebagai balasannya,lalu Allah hantarkan bala..menghancurkan kedustaan manusia akan kemampuan Allah,kedegilan manusia dengan ajaran Allah dan RasulNya..disaat ujian berlansung,maka beruntunglah yg sentiasa mengingati Allah..dan rugilah yg mendustakan kekuasaan Allah.Sirah ummat terdahulu banyak memaparkan pengajaran..bagaimana Allah timpakan bg mereka bala memusnahkan tamadun kehidupan mereka,umpamanya kisah tenggelamnya kaum Nuh Alaihissalam..ribuan tahun ajakan kebenaran begitu hampa,lalu Nabi Allah Nuh alaihissalam memohon doa diturunkan bala sebagai pengajaran bagi kaumnya yg ingkar dusta ajaran yg benar..begitu juga kisah yg dilakar kaum Nabi Allah Lut alaihissalam,akibat kedustaan juga dibalikkan bumi kebawah..maka memadailah andai kita memerhatikan dan menghayati dengan mata hati yg terbuka,betapa kedustaan dan keingkaran menempah murka yg Maha Perkasa..
Kita alih pandangan seketika bagaimana kedudukan ummat hari ini yg agak selesa dengan keduniaan,segala hal kita dipermudahkan..kecanggihan dunia memang mengujakan,buat semua manusia tertawan..sehinggakan hal ukhrawi kita tinggalkan.Setengahnya berpandangan hal ukhrawi tiada kaitan dengan hal duniawi,hal ukhrawi biarkan hny di masjid dan kawasan yg sewaktu dengannya,hal agama berguna bila dirasakan perlu..diambil separuh,ditinggalkan separuh..demikianlah benar firman Allah:


أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (٨٥)

Maksudnya: sesudah itu maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan..[ Al-Baqarah 85 ]


            Kita bangkitkan soal tsunami dan gempa bumi kembali,dek kesedaran beragama yg kurang..saban hari kita hanya diberitakan dengan bencana alam,para pimpinan Negara sibuk mengatakan itu hanya bencana alam,dilapangan masyarakat juga demikian.kita tidak disedarkan dengan peringatan Allah taala,kita taksub dengan kajian demi kajian..iye..ada btlnya kajian mereka,tapi knp perlu kita hanya menumpukan hipotesis yg sekejap.hipotesis yg tak pernah menyedarkan kita bencana ini datangnya daripada Allah…lihatlah betapa bijak canagan dakyah musuh islam,dalam susah kita dilekakan..dalam senang jadi kebiasaan.kita tak pernah sedar dengan bala yg Allah hujumkan kepada bani Adam..sebabnya dalam selesa kita lupa,.bahawa kedustaan,kemungkaran,keingkaran dan kemaksiatan yg kita lakukan telah sampai ke kemuncaknya,ruangan klimaks menempah murka.Bila kita bercakap soal kemaksiatan menjadi punca bala Allah datang..tentunya hari ni kita dengan segera mengalihkan pandangan kpd Negara Jepun yg dilanda gempa bumi dan tsunami..tanpa merasakan itu juga salah kita,kita terusnya menghujum mereka..sedarkah kita saban hari,palitan dosa ummah makin banyak..buktinya didepan mata kita,maksiat zina..minum arak,judi,rasuah,pemimpin yg rakus kuasa ,tak melaksanakan hukum Allah,halal dan haram ditukar ganti..lagi halnya kospirasi fitnah berleluasa,dinampakkan benar itu salah..yg salah itu benar..firman Allah :


وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ إِلا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا كَانَ ذَلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا (٥٨)

Maksudnya: dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya Dengan azab seksa Yang berat; Yang demikian itu adalah tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz)…[ Al-Isra’ 58.]


Jelasnya,bala Allah yg silih berganti datangnya bersebab..dalam sedar kita terpejam,tangan manusia yg ragus dengan dunia banyak mengotorkan nikmat Allah,disebabkan ketamakkan urusan dibiar tanpa pedoman..hati dan nafsu bermaharajalela,langkahan demi langkahan semua berkiblatkan nafsu amarah..ajaran demi ajaran silih berganti tiada berkesudahan,ideology fasad menguasai faham kaum..
Bala’ yang dulu baru berkesudahan kini berganti..dulunya dunia dikejutkan dengan SAR dan H1N1..alangkah tak berkesudahan kesan tangan-tangan manusia,firman Allah:


وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ (٣٠)

Maksudnya: dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu..[ As-Syura 30 ]


Ya Allah…!!!!
Betapa kami kebimbangan,lantaran kemaksiatan hamba..seluruh alam akan merasai pedih azabMu..mungkin akan terlintas dilubuk hati kita satu kata ‘’ apa salah kami? ’’..’’kami yg tak bersalah ditimpa musibah sebegini rupa’’..wahai teman,sedarkah kita peranan seorang muslim terhadap muslim yg lain kita tinggkalkan..kita biarkan kemungkaran dan kemaksiatan berleluasa,kita tak mampu mengubah mahupun sekecil dosa.Pilihan ditangan kita..bertepatan dengan sabda Rasulullah yg lebih kurang maksudnya :

 ‘’barang siapa dikalangan kamu melihat akan kemungkaran,maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan,jikalau tidak mampu hendak mengubahnya dengan kata-kata,dan jika tidak juga mampu maka hendaklah dia mengubahnya(membencinya) dengan hati..dan itulah selemah-lemah iman’’ ..

inilah hak kita sesama ummah,kita lupa tanggungjawab,lupa peranan..maka kita juga diuji.Allah tidak zalim kpd hambanya..bahkan manusia yg menzalimi diri sendiri..


وَمَا ظَلَمُونَا وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ (٥٧)

Maksudnya: dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri…[Al-Baqarah 57.]


Tidak pantas bg Allah menzalimi hambaNya,andai kata yg ditimpa bala’ dan bencana seorang yg beriman,beramal kebajikan dan bertaqwa,maka balasannya adalah syurga.begitu juga sebaliknya hamba yg ingkar..layak baginya azab Allah dengan keadilanNya.
Sebagaimana yg dijelaskan oleh Rasulullah Saw akan sebab-sebab musibah dalam hadithnya:
Berkata Ummu Salamah, isteri Rasulullah Saw, aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: 

“Jika timbul maksiat pada ummatku, maka Allah akan menyebarkan azab-siksa kepada mereka.” Aku berkata : Wahai Rasulullah, apakah pada waktu itu tidak ada orang-orang shalih? Beliau menjawab: “ada!”. Aku berkata lagi: Apa yang akan Allah perbuat kepada mereka? Beliau menjawab: “Allah akan menimpakan kepada mereka azab sebagaimana yang ditimpakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat, kemudian mereka akan mendapatkan keampunan dan keredhaan dari dari Rabbnya.” (HR. Imam Ahmad) 

Kesimpulannya,bala dan bencana alam adalah dua yg berbeza..tapi keduanya adalah sama,berbeza pada zatnya..terkadang sama pada sifatnya..bala mengingatkan kita bertuhan..mengembalikan lalai kpd sedar,pejam kpd celik..mudah-mudahan apa yg menimpa masyarakat Jepun mengaktifkan kembali sensor iman kita akan betapa Allah itu tempat bergantung..tempat mengabdikan diri,taa’bbud hamba meninggalkan yg dilarang melaksanakan apa yg disuruh..
Mudah-mudahan kita digolongkan dalam golongan yg sedar celik mata..bukan terpejam dalam cahaya..amin ya Allah
Akhir kalam moh sama-sama kita hayati firman Allah dan ia sebenar2 kalam :


فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (١٦)

Maksudnya:
 maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?...[ Ar-Rahman 16 ]

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (٩٦)

Maksudnya: dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan…[ Al-A’raff 96 ]


Wallahutaala a’lam bissowab..
Disediakan oleh: Tholib Al-Azhar
Al-Faqiru ilaLLAH Mohd Khairum Zakaria



Sedikit paparan video dan gambar Tsunami Jepun 11 Mac 2011